Saturday, May 8, 2010

Hi-Tea Bersama Naib Presiden Pas...!





Satu program hi-tea telah dianjurkan oleh dewan pemuda pas kawasan dungun bersama Naib Presiden Pas pada petang 7 mei 2010 di sebuah restoran di kg nyior paka.majlis dihadiri oleh wakil rakyat adun sura dan orang ramai dari kawasan sekitarnya.program diadakan sempena kutipan dana pru 13 yang akan datang.

Monday, May 3, 2010

3 hari 2 malam...kay bee 2010!



Jalan2 cari makan di kota bharu tanggal 30 apr-2 mei 2010 sempena cuti hari buruh.berkunjung ke kota bharu adalah detik yang ditunggu2 oleh kaum hawa terutamanya ke rantau panjang dan pasar siti khadijah yg menjanjikan berbagai2 barangan yang menarik umpamanya barangan tekstil yang merambangkan mata.banyak tempat2 menarik yang perlu di kunjungi.dan jalan agak sesak terutama di musim cuti ini.banyak pembangunan bandar2 baru di sini dan pembesaran jambatan sultan yahya petra sedang rancak dibuat untuk keselesaan pengunjung pada masa akan datang.bersabarlah...sediakan fulus banyak2 untuk anda berkunjung ke sini.adiosss....!.

3 hari 2 malam...Cameron Highlands!



Percutian ke Cameron Highlands pada 15-17 mar 2010 melalui Kenyir Lake-Felda Aring-Gua Musang-Lojing.melalui tasik kenyir dapat melihat panorama tasik yang membiru dan mengasyikkan walaupun jalannya agak berliku.di felda aring jalan agak berlubang-lubang dan pecah akibat kenderaan berat yg banyak melalui jalan itu.keluar dari felda aring melalui felda chiku jalan stabil dan lancar memandu ke gua musang.dari gua musang melalui post brooke dan lojing seterusnya ke cameron highlands.banyak tempat2 menarik boleh di lawati di sini.antaranya strawberry farm-pick your own fruit,parit waterfall,cactus valley,bharat tea plantation or bharat tea shop,kea farm jangan lupa ke pasar malam di berinchang.anda pasti terpesona berkunjung di sini...!