Monday, July 12, 2010

Hari ke-5...SP!

Lenanya kami bermalam di Hotel El-Zehraa di Lagenda Height Sp.Hotel yang sederhana tapi cukup menarik dengan hiasan dekorasi ala-ala arab morocco complete dengan segala kemudahan.Tambahan pula kedudukannya di tengah-tengah pusat perniagaan.Dikelilingi oleh gedung-gedung perniagaan yang besar seperti Village Mall,Tesco,Alam Moda dan macam2 lagi.Kedai makan pun banyak di kawasan ini.





Paling digemari Restoran Radix Fried Chicken yang berhampiran hotel yang semestinya halal dan suci.Aku membeli dan membungkusnya sebagai bekalan dalam perjalanan pulang nanti.Seketika lagi kami akan check out dari hotel ini untuk pulang setelah puas bercuti di sini.







Aku kembali ke bilik dan mengemaskan pakaian untuk keluar.Sempat lagi merakam gambar kenangan di dalam bilik hotel dan di lobi.Setelah menyerahkan kunci kami dengan berat hati meninggalkan SP dan kembali ke Terengganu melalui Kuala Ketil dan seterusnya ke Highway Kulim-Gerik.
Dari simpang Kuala Pegang kami menyusuri highway ke Gerik.Kami singgah di Hentian Lui untuk menunaikan solat jamak zohor/asar.Perjalanan diteruskan mendaki bukit Gerik yang sentiasa sibuk dengan kenderaan yang bertali arus itu.Sesekali bertembung dengan kenderaan berat seperti lori trailer dan lori balak yang silih berganti.
Hampir 3 jam perjalanan baru kami sampai ke puncak Titiwangsa.Kami berhenti seketika untuk menghirup udara segar dan dingin itu.Memang mendinginkan...tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa itu memang menyegarkan badan.Di perhentian ini ramai pemandu dan pengembara berhenti di sini untuk merehatkan badan dan menjamu selera.Indahnya panorama Banjaran Titiwangsa yang berbukit-bukau...sayup-sayup kehijauannya disebalik rimbunan awan.





Masa terasa amat singkat...perjalanan diteruskan lagi melalui liku-liku bukit gerik.Kadang-kadang terasa bosan akibat terlalu lama memandu.Sekali lagi perhentian Bukit Bunga menjadi pilihan.Di sini beraneka barangan dijual.Dari buah-buahan hinggalah ke pakaian dan barangan dapur terdapat di sini.Apa yang terdapat di Rantau Panjang...semuanya ada di sini!Buah-buahan dan sedikit kueh kering menjadi pilihan kami sebagai ole-ole untuk dibawa pulang.Jam sudah menunjukan pukul 5.30 petang...perjalanan masih jauh!
Kami beransur meninggalkan Bukit Bunga dan memandu hingga merentasi sempadan Kelantan/Terengganu di Bukit Yong.Sampai di Setiu pukul 7 petang...kami berhenti rehat di kawasan riadah ditepian sungai seketika.Menariknya terdapat titian gantung walaupun sungainya tidaklah sebesar mana dan cetek airnya.





Dipendekkan cerita kami sampai ke Kuala Terengganu pada pukul 9 malam dan sampai ke rumah tepat pukul 12 tengah malam...!Satu perjalanan yang cukup memenatkan dan memberi kepuasan!!!
Adios....Graciassss...!
The End...!

Wednesday, July 7, 2010

Hari ke 4...Kangar!

Suasana pagi yang hening dilitupi kabus yang dingin.Pagi yang sungguh damai...mentari merah memancarkan cahaya ke bandar Kangar.Tiada kesesakan pada waktu ini...!Kami masih berlabuh di bilik hotel sambil melelapkan mata membayangkan kota kayangan.Jauh...terlalu jauh khayalanku!



Kami bersedia untuk check out dari hotel ini pada pukul 10 pagi.Agak awal...kami ingin menghabiskan sisa-sisa masa ini di bandar Kangar dan sekitarnya.Kami turun dari bilik penginapan dan bersantai ke Taman Herba di Kg. Batu Pahat.Di sini banyak pokok2 herba ditanam.Sebut apa saja yang anda mahu...semuanya ada di sini.Laluan denai disediakan untuk keselesaan pengunjung disamping tag nama2 pokok herba.Pondok2 juga disediakan untuk berteduh dan melepaskan penat berjalan.Sesekali kami terserempak dengan sekumpulan monyet yang sedang bergayutan di atas pokok.Satu jam kami menghabiskan masa di sini.



Kami mengambil keputusan untuk keluar dari Kangar dan pulang ke Sg. Petani.Sambil itu kami singgah di ladang anggur dan mangga sala.Tapi nasib kami kurang baik kerana mangga dah habis musim berbuah.
Kami teruskan perjalanan ke Alor Setar melalui jalan persekutuan.Kami singgah di Museum Padi yang terletak berhampiran Gunung Keriang.Gunung Keriang ditutup untuk kerja2 penambahbaikan.Kami memasuki Museum Padi dengan tiket RM 2 seorang.Ramai pengunjung yang datang ke sini terutamanya rombongan kanak2 sekolah.Banyak maklumat2 mengenai penanaman padi dari cara tradisi hingga ke kaedah moden dipamerkan.Museum ini terbahagi kepada 3 tingkat...!

Tingkat 1------sejarah penanaman padi secara tradisional dan konvensional.
Tingkat 2------jenis2 padi dan taburan penanaman di Asia Tenggara.
Tingkat 3------deck paparan 3D penanaman padi tradisional.







Kami keluar dari museum ini dan meneruskan perjalanan ke Sg. Petani.Kami singgah sebentar di Lembah Bujang untuk merakam sedikit video yang terdelete dek kerana tangan yang terlalu gatal.Hajat dihati nak merasai kenikmatan ikan bakar di Tanjung Dawai tapi banyak restoran yang ditutup.Kempunan rasanya...!Beberapa keping gambar di Jeti Tanjung Dawai sempat dirakamkan untuk kenangan.





Kami terus ke Sg. Petani mencari hotel untuk bermalam.Pusing punya pusing...kami memilih Hotel El-Zehraa di Lagenda Height untuk menutup tirai malam.

To be continou...!