Thursday, March 24, 2011

Sunday, March 13, 2011

Last day...! Hatyai --> Pattani --> Rantau Panjang --> Dungun.

Hari terakhir pengembaraan ke Selatan Thailand,pagi ini selepas sarapan pagi di hotel kami diberi waktu untuk aktiviti bebas sehingga ke pukul 11.00 pagi.Ada yang sempat pergi ke pasar untuk membeli apa yang patut sebagai kenangan.Hajat di hati ingin juga ke pasar tapi memandangkan pemandu tut-tut berbalah untuk mendapatkan penumpang hati menjadi tawar untuk ke sana.



Ruang masa yang ada hanya dimanfaatkan untuk sessi bergambar di sekitar hotel sahaja.







Jam dah menunjukkan pukul 11.00 pagi.Dah tiba masa untuk check out dari hotel penginapan namun masih ada lagi yang belum sampai.Terpaksalah menunggu sehingga semuanya balik dan menyerahkan kunci bilik di kaunter check in.Setelah segala urusan check out selesai dan barang-barang dah dimuatkan ke dalam bas tibalah masa untuk meninggalkan kota Hatyai dengan seribu kenangan.Bas membelah kota Hatyai menuju ke Pattani tepat jam 12.00 tengahari.





Hampir dua jam setengah menyusuri jalanraya akhirnya bas tiba di bandar Pattani untuk sessi makan tengahari di sebuah hotel terkenal di sini.Hari agak mendung dan hujan renyai-renyai.



Selesai makan tengahari sambung perjalanan lagi ke destinasi lawatan terakhir iaitu Masjid Kerisek yang terkenal di nusantara.Masjid ini menjadi simbol perjuangan rakyat melayu islam pattani sejak zaman berzaman.Masjid ini tetap utuh walaupun diserang bertubi-tubi oleh tentera thai dalam menghadapi kebangkitan rakyat melayu islam pattani.Beberapa orang islam melayu pattani telah mati syahid ketika mempertahankan masjid ini satu ketika dahulu.





Di masjid ini peserta rombongan menunaikan solat qasa dan jamak sebelum meneruskan perjalanan ke pekan Golok dan masuk semula ke sempadan negara di Rantau Panjang.Rombongan tiba di pekan Golok jam 6 petang dan selepas selesai urusan dokumentasi bas bertolak kembali jam 7 petang ke destinasi permulaan.Dalam perjalanan singgah di Machang untuk solat dan makan malam dan tiba di SMKSO pada jam 12.30 pagi.

Pengembaraan tamat di sini...dengan seribu macam kenangan!!!

Adiosss...!

Saturday, March 12, 2011

Day 2...! Hatyai --> Songkhla --> Hatyai.

Sarapan pagi di Mandarin Cafe Hotel Daiichi.Makanan yang disediakan lebih kepada bubur dan sayur-sayuran sesuai untuk orang yang diet.



Selesai sarapan semua menaiki bas dan dibawa ke Songkhla.Sebelum itu rombongan dibawa melawat Tasik Songkhla yang sayup mata memandang dan direntangi oleh 2 buah jambatan.Jambatan ini dinamakan Jambatan Thin Sulanon yang terpanjang di sini.


Selepas melawat tasik ini rombongan singgah di kilang memproses biji gajus dan hasil makanan laut serta makanan ringan berasaskan pertanian.Ahli rombongan tidak melepaskan peluang memborong apa yang berkenan dihati.







Puas dah memborong makanan ringan dan biji gajus rombongan dibawa terus ke Pantai Samila yang terkenal di Songkhla.Di pantai ini hari agak mendung dan sedikit hujan renyai namun tidak basah.Ahli rombongan tidak melepaskan peluang bergambar di replika ikan duyung yang menjadi mercutanda di tepi pantai ini.Kebetulan tsunami melanda negara matahari terbit Jepun diwaktu ini.Kelihatan ombak-ombak yang agak luarbiasa beralun tapi tidak membahayakan pengunjung.





Belum puas lagi bersantai di sini kami dah diarah menaiki bas untuk makan tengahari di sebuah restoran di sini.Menu tomyam dan ikan tiga rasa menjadi suapan mengisi perut.Restoran ini agak kecil untuk menampung pengunjung 2 buah bas.Keadaan agak sesak tapi nak buat macam mana...perut mesti diisi!
Selesai sudah kami terus dibawa melawat ke Floating Market di daerah Songkhla.Kami tiba agak awal dan parking masih banyak lagi yang kosong.Setelah bas berhenti kami diberi penerangan berkenaan tempat ini dan urusan jual beli.Memandangkan masih lagi awal...kesesakan tidaklah begitu ketara.Biasanya tempat ini akan menjadi tumpuan pada lewat petang.Memang betul apa yang dicakap oleh tourist guide tadi.Menjelang jam 6.00 petang tempat ini begitu sesak dengan pelancung dan penduduk tempatan.











Aneka kueh dan makanan tradisi thai yang di jual di sini.Sebut sahaja apa yang anda mahu...semuanya ada!Pasti mempesonakan...lihatlah foto di atas!Penuh warna-warni...!Masa 1 jam setengah tidak cukup untuk menikmati segala macam makanan di sini.Badan pun dah rasa semacam jer...!

Habis waktu di sini...kami di bawa balik ke hotel penginapan di Hatyai.Tapi sebelum tu kami singgah di Restoran Sami Kitchen untuk makan malam jam 6.30 petang.Menu yang disediakan memang cukup menyelerakan...cukup special!







Selesai makan malam kami dibawa balik ke hotel untuk aktiviti bebas di sebelah malamnya.Aktiviti hari ke 2 tamat di sini...!







Penulis sempat bersiar-siar di bazaar pasar malam di Lee Garden dan mencuba pulut mangga dan somtam original thai...!


To be continou...!

Adiosss...!

Friday, March 11, 2011

Day 1...! Golok --> Pattani --> Hatyai.

Di Pekan Golok,semua peserta rombongan menukar RM kepada Bath Thailand.Ramai yang menjadi orang kaya segera di sini...ribu-riban duit yang mereka dapat!Ada yang senyum sampai ke telinga...dan ada yang menukar gaya perjalanan!Okb lah katakan...!!!Selepas menukar wang anggota rombongan bersarapan pagi di sini untuk mengalas perut.



Tepat jam 9.00 pagi bas meluncur lagi ke Pattani sejauh 160km ke utara.Perjalanan melalui kebun getah dan sawah padi yang terbentang luas di kiri kanan jalan.Penduduk di sini majoritinya adalah melayu pattani yang berkebun dan bergelumang dengan bendang padi.Rumah-rumah tradisional melayu jelas kelihatan.Keseluruhannya Pattani agak ketinggalan dari arus kemodenen semasa.
Bas berhenti seketika untuk memberi peluang peserta berehat dan menghirup udara segar.





Matahari dah meninggi dan perut mula keroncong.Persinggahan makan tengahari adalah di Restoran Madina di tengah Pekan Pattani.Pattani yang memang terkenal dengan masakan tomyam dan segala makanan laut yang segar...!





Persinggahan pertama pada hari ini adalah Pusat Pendidikan Anak-Anak Yatim Ummu Maryam di Pattani.Rombongan sampai di sini pada pukul 12.30 tengahari.Sumbangan berupa wang dan pakaian dihulurkan untuk meringankan beban.Selesai ucapan kedua-dua belah pihak,persembahan nasyid dan jamuan ringan disediakan oleh urusetia pusat pendidikan tersebut.





Sebelum beredar anggota rombongan sempat bergambar beramai-ramai sebagai kenangan.



Perjalanan diteruskan ke Masjid Jamek Pattani untuk peserta rombongan menunaikan solat.



Setelah segalanya selesai rombongan dibawa terus ke Hatyai.Jarak perjalanan dari Pattani ke Hatyai sejauh 100km.Peserta dah keletihan dan ada yang mengambil peluang untuk tidur.Jam 5.00 petang,bas sudah sampai ke bandar Hatyai dan rombongan dibawa terus ke pusat barangan kulit di Nora Plaza untuk window shopping sehingga jam 6.30 petang.
Selepas itu barulah check in di Hotel Daiichi di pusat bandar Hatyai.





Sebelah malam peserta rombongan bebas untuk melakukan aktiviti sendiri.Ada yang memerap di bilik dan ada yang keluar melihat panorama malam di Hatyai.

To be continou...!

Adiosss...!!!

Thursday, March 10, 2011

Desso Holiday Tour...Trip to South Thailand!

Cuti sekolah penggal pertama dah bermula...!Cuti kali ini agak bermakna dan jauh dari negeri sendiri dan di luar sempadan negara.Kebetulan Desso menganjurkan percutiannya sendiri di kalangan guru-gurunya.Jadi...bolehlah tumpang sekaki!Destinasi kali ini adalah negara gajah putih di utara semenanjung.
Laluannya adalah Dungun --> Golok --> Pattani --> Hatyai --> Songkhla --> Dungun.Perjalanan bermula pada malam jumaat 10 mac 2011 pukul 10.00 malam.Semua peserta rombongan berkumpul di hadapan pintu pagar SMKSO untuk menaiki bas.Setelah semua selesai berkumpul dan menaiki bas,tepat pukul 10.30 malam bas mula bergerak melalui Jambatan Dungun.Beberapa peserta menaiki bas di pertengahan perjalanan di Kuala Ibai dan Batu 6.Setelah segalanya selesai perjalanan diteruskan ke Bandar Jerteh.
Di Bandar Jerteh bas berhenti di stesen minyak Petronas pada pukul 1.40 pagi bagi memberi peluang peserta melepaskan "hajat".Perjalanan diteruskan lagi ke Rantau Panjang melalui Machang.Rombongan sampai di Masjid Beijing,Rantau Panjang pada pukul 4.30 pagi.Semua peserta berehat di sini dan solat subuh di sini sementara menunggu pintu sempadan dibuka diwaktu pagi.
Selesai solat subuh semua menaiki bas ke pusat imigresen untuk urusan passport keluar negara.Semua peserta dikehendaki beratur untuk memudahkan urusan check out.Selesai urusan di imigresen Malaysia sekali lagi perkara yang sama dilakukan di imigresen Thailand.
Alhamdulillah...segalanya dipermudahkan!Urusan di pintu sempadan sudahpun selesai.





To be continou...!

Adiosss...!