Thursday, May 30, 2013

Kuala Kangsar...Agenda Labu Sayong!

Hari Ke 2...! Setelah bersiap mandi dan sarapan...agenda hari ke 2 diteruskan.Pagi ini kami mencari lokasi pembuatan labu sayong...!Berbekalkan broadband...aku mencari lokasi pembuatannya di Google Map!Aku bernasib baik menemui lokasinya di Kampung Sayong Hulu menerusi Jambatan Sultan Abdul Jalil.Tanpa berlengah kami meneruskan pencarian Labu Sayong di Kuala Kangsar ini.Kami menelusuri bandar Kuala Kangsar dan mencari Jambatan Sultan Abdul Jalil yang menghubungkan Kuala Kangsar ke Kampung Sayong Hulu.Akhirnya kami menemui tempat yang terkenal dengan labu sayong itu.Aku sempat merakam gambar dan video pembuatan labu sayong itu.Setelah lama di sini dan membeli sedikit cenderahati dan beberapa biji labu sayong...kami terus ke Galeri Sultan Azlan Shah.
Antara gambar di Kampung Sayong Hulu...! Sebelum ke Galeri Sultan Azlan Shah...kami mengisi perut dahulu.Perut dah mula berkeroncong minta diisi...!Kami singgah di Restoran Warisan berhampiran Stesen Bas Kuala Kangsar untuk makan tengahari.Beraneka lauk pauk tersedia di sini mengikut citarasa pelanggan...!
Setelah mengisi perut kami terus ke Galeri Sultan Azlan Shah di Jalan Istana berhampiran dengan Masjid Ubudiah.Setelah mengambil tiket berjumlah RM 24 untuk 4 orang dewasa dan 3 remaja bersekolah...kami memasuki galeri tersebut.Kamera dilarang sama sekali dibawa masuk ke dalam galeri hanya dibenarkan mengambil gambar di kawasan luar sahaja.Banyak barangan peribadi Sultan Azlan yang dipamerkan di sini.Dari baju persalinan dan perhiasan hinggalah ke hadiah-hadiah dari pembesar-pembesar dari serata dunia.Barangan peribadi yang cukup esklusif seperti pen,jam tangan dan cermin mata ternama turut dipamerkan.Rambang mata dibuatnya...!
Setelah penat berkunjung di sini kami singgah di Masjid Ubudiah untuk bersolat dan berehat seketika.
Perjalanan tamat di sini untuk hari ini...! To be continou...!!! Adiosss...Graciasss!!!

No comments:

Post a Comment