Thursday, August 12, 2010

Chemerung Recreation Forest...!

Setelah lama berehat dari aktiviti luar...tanggal 30 Julai 2010 yang lalu,aku merancang satu perjalanan yang spontan.Pada episode yang lalu kami ke utara...kini kami ingin mengenali bumi negeri kami sendiri.Aku mengambil sedikit masa untuk melayari internet mencari lokasi yang menarik untuk dikunjungi.Rupa-rupanya di Daerah Hulu Dungun ini terdapat air terjun yang tertinggi di Malaysia dan pokok cengal yang terbesar di dunia.Aku mengambil keputusan untuk berkunjung ke sana.
Air terjun ini terletak sekitar 30 kilometer dari Bandar Al-Muktafi Billah Shah yang juga dikenali sebagai Bandar Durian Mas.



Aku mengemaskan sedikit pakaian dan bekalan untuk ke sana.Aku bertolak tepat jam 11 pagi melalui Jalan Bukit Besi ke persimpangan di Kampung Dendang.Dari Kg. Dendang...aku melalui jalan yang sempit untuk sampai ke Kg.Kuala Jengai.Jalan yang berliku-liku dan berbukit-bukit.Hampir 1 jam untuk sampai ke sini...belum lagi sampai ke Hutan Lipur Chemerung.



Dari Kuala Jengai kami melalui Kg. Rantau Panjang dan Kg.Pasir Raja seterusnya ke destinasi ini.Keseluruhan masa adalah 1 jam 30 minit untuk sampai ke sini.Dari kejauhan sudah nampak kelibat air terjun ini.Memang mempersonakan...dengan ketinggian 305 meter dari puncak bukit,air terjun ini menghempas ke bawah bertingkat-tingkat!



Kawasan perkelahan ini dijaga dengan baik oleh Jabatan Perhutanan Daerah Dungun.Kebetulan aku mengenali salah seorang pegawai perhutanan yang bertugas pada hari itu.Banyak informasi yang aku dapat dari perbualan singkat kami itu.
Aku menelusuri batu-batu untuk mencari lokasi yang menarik untuk mandi.Ahhh...sejuk dan dingin air di sini!Kebetulan waktu itu panas agak terik...memang sesuailah untuk berendam.Aku mandi sepuas-puasnya hingga badanku mengigil kesejukan.Hampir 2 jam aku menghabiskan masa untuk mandi di sini.





Setelah puas mandi kami bersiar-siar di kawasan ini dan menyalin pakaian untuk beredar.Jam dah menunjukkan pukul 3 petang.Setelah solat kami keluar untuk ke tempat pokok cengal terbesar di dunia tapi hampa kerana jalan hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan 4 roda sahaja.Kami berpatah balik dan keluar ke tempat perkelahan di Kg.Kuala Jengai.Tidak ada yang menarik di sini...jarang2 sekali diadakan sukan air di sini.





Memandangkan masih awal kami terus ke Kuala Berang untuk menjejaki Memorial Batu Bersurat yang terletak di Kg.Buluh.Dari Kg.Dendang ke Kuala Berang mengambil masa 1 jam perjalanan melalui ladang kelapa sawit di Jerangau.Kami tiba di Kuala Berang disambut dengan hujan yang renyai-renyai.Kami berhenti seketika untuk mengisi perut yang dah berkeroncong ini.Restoran Kak Zah...nasi berulam kampung yang terletak di Persimpangan Sekayu menjadi pilihan kami.Ahhh...berseleranya makan nasi lauk ikan singgang bersama ulam-ulaman serta budu.
Selepas makan kami terus ke destinasi yang ditujui di Kg. Buluh yang hanya 2 kilometer dari Persimpangan Sekayu.Tiada pelawat yang datang melainkan kami berdua saja.Beberapa keping foto diabadikan di sini untuk kenangan.







Kami singgah di Masjid Mukmin untuk menunaikan solat Asar sebelum pulang.Kami selamat sampai ke rumah pada pukul 7 petang.

Graciasss...!