Monday, November 16, 2009

Tengkujuh datang lagi...banjir!!!

saat ni hujan melanda pantai timur semenanjung dan terdapat kawasan2 tertentu yang dilanda banjir.sudah menjadi kelaziman diakhir tahun angin monsun akan membawa hujan ke serata ceruk kawasan.tak kira di pantai atau di pendalaman.

lihatlah keadaan ombak yg menghempas pantai teluk lipat yg mengakibatkan hakisan yg teruk dan benteng yg dibina pun turut pecah. di sinilah siri akhir GP Joran Grand Slam kategori pantai diadakan baru-baru ini...!




tak terkecuali kediamanku turut terkena tempiasnya.walaupun tidak sebesar mana tapi cukup membuat aku risau akan situasi ini.lihatlah keadaan di persekitaran rumahku yang dinaiki air...!

inilah yang sempat aku rakamkan keadaan semasa hujan reda...hujan ini berlarutan selama 2 hari.aku bersyukur selepas hari itu hujan mulai reda dan keadaan pulih seperti sediakala.tapi itu tidak bermakna aku bebas dari keadaan ini kerana musim monsun belum berakhir tapi baru nak bermula...!!! berwaspadalah.....!!!adiosss!

Sunday, September 27, 2009

RuMaH bArU.....sUaSaNa BaRuuu!!!

Seminggu sebelum puasa aku berpindah ke rumah baru di kg binjai dalam keadaan yang tergesa-gesa.hajat di hati untuk berpuasa di rumah baru dan berterawih dgn jiran jemaah baru.aku talipon beberapa orang kawanku untuk menolong mengangkut barang-barang perabut yang semuanya heavy2 belaka...tergezut member2ku itu!hampir 2 lori barang2 itu dipunggah ke rumah baru.baru aku tahu selama ini banyak jugak barangan perabut rumahku itu.
Kini semuanya telah selesai...hajat di hati telah dimakbulkan Tuhan.aku bermastautin di tempat baru dan sempat berterawih di sini walaupun tak cukup sebulan kerana sebab2 yg x dapat dielakkan.
di sini aku postkan beberapa keping gambar yg sempat aku rakamkan utk tatapan blog aku...!

suasana pagi yg hening dilitupi kabus yg dingin...!











dan saat mentari membenamkan dirinya...!










tak termampu nak luahkan dgn kata2...Subhanallah!!!
Adiosss...!

















Saturday, September 19, 2009

SaLaM LeBaRaN...!



selamat menyambut hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin buat semua blogger di alam maya ini...!




pada yang mahu duit raya tu...print la bebanyak jangan malu-malu!!!

Friday, September 11, 2009

blog aku...koma!

lebih sebulan blog aku koma gara2 kelembaban tm utk menyentelkan pertukaran alamat baru aku.aku berpindah ke rumah baru sebulan yg lalu...dan membuat permohonan pertukaran alamat yg baru di sebuah cawangan tm point sebelum aku berpindah!macam2 alasan yg diberikan oleh staff tm...takdak tiang la...takdak line laaa!aku semakin senak kepala tanpa tenet...apa2 yg berlaku di dunia siber ni aku x tahu!kesabaran aku semakin teruji...beberapa kali aku menghubungi tm point bertanyakan status kes ni!malah aku ke kedai tm point dan memarahi pegawai yg bertugas tu yg memberikan alasan yg x masuk akal...aku memberikan cadangan menjadikan pokok gelam sebagai tiang talipon!!!!!sakitnya ati aku dgn alasannya yg takdak tiang tu...!aku cakap tnb setel api umah aku 2 minggu jer...pegawai tu makin bengang dgn jawapan aku!terus jer cakap dia takdak kuasa...dia hanya kerani biasa jer!aku terus monyok dgn jawapan dia...!aku terus jer talipon kontraktor yg wiring talipon umah aku...dia cakap tiang ada stok!aku terus jer cakap suruh dia pasang...hari rabu bergegas dia pegi pasang dan siap wiring!hahhh...dan siap pon!aku terus jer talipon tm tuk aktifkan talian tu...dan hasilnya ari ni aku dgn heppinya dapat melayari tenet dan update blog aku...!
adioss...!

Friday, July 17, 2009

continue post 1...

dari pagi sampai la ni aku duk ngadap komputer aku utk setup dan tambah gadget...fening gak kapla aku!mata pun dh naik kabur...tp demi kerana keinginanku yg berkobar2 aku teruskan usha aku utk berada di alam maya.dan sedikit sebanyak usha aku semakin positif walaupun terpaksa merangkak2 mcm budak br bertatih...!walaupun aku bersendirian tanpa sifu tp aku boleh menarik nafas lega kerna dpt bersama korang seme di sini...!terima kasih pd yg sudi dtg dan tngglkan komen di sini...aku amat menghargai walaupun dgn sebaris ayat!
mlm ni...aku mahu tidur awal kerna mataku dh penat yg teramat sgt!!!aku mhu tido senyenyak2nya dgn perasaan yg puas yg tak terhingga...!
adiosss...!!!

Thursday, July 16, 2009

baru nak create ni...sabo ler!!!

aku dah senok bijik mata bersengkang mata semata-mata nk bikin blog picisan nih!aku nk sahut cabaran seorg budak tu yg cabar aku buat blog ni...!aku bukan tahu sangat pasal it ni tp aku ada keinginan yg tinggi utk bersama mengharungi dunia siber ni.
hari ini sedikit sebanyak usaha aku dh pun termakbul dek kerana cabaran itu...TQ pada org yg cabar aku tu!aku tahu org itu lbh advan drp aku...tp aku akan berusaha utk mengekalkan blog aku ini walaupun aku tidak mahir dlm bidang penulisan.ko org jangan ketawakan aku...!!!
aku dah ngantuk ni...nanti aku continue balik post aku ni!selamat malam blogger semua...!!!