Monday, September 18, 2017

Festival Kenyir-Kenyir Photoshot 2017.

Festival Kenyir. Kenyir Photofest 2017 anjuran KETENGAH dengan kerjasama Amazing Terengganu yang berlangsung selama 4 hari bermula 14-17 September 2017 meninggal kenangan yang manis buatku.Penat berkampung 3 hari 2 malam di Kuala Berang berbaloi apabila diumumkan salah seorang pemenang dalam pertandingan ini. Hari Sabtu menaiki bot laju ke Santuari Kelah dan Air Terjun Sungai Lasir untuk merakam gambar untuk pertandingan ini.Banyak panorama indah yang dirakam di sekitar Tasik Kenyir ini antaranya panorama air terjun,tunggul-tunggul kayu yang bercacangan, houseboat yang sedang belayar,titian dan jambatan gantung ke santuari kelah.
Seterusnya kami berkejar ke Air Terjun Lasir untuk memotret pemandangan indah di sini. Banyak houseboat yang sedang berlabuh di sini dan membawa pengunjung mandi manda.Perjalanan dari santuari kelah ke sini hanya 30 minit sahaja.
Selepas puas merakam keindahan air terjun ini,kami pulang ke Pengkalan Gawi.Antara pemandangan indah sepanjang perjalanan pulang yang sempat dirakamkan.
Tiba hari pengumuman pemenang Kenyir Photofest 2017 di pentas utama Pengkalan Gawi.Antara pemenangnya tertera di gambar ini.
Majlis penyampaian hadiah pemenang Fotografi Kenyir.
Antara aksi rakan-rakan fotografer yang bersama merakam keindahan Tasik Kenyir. Adiosss...Graciasss...Jumpa lagi di lain waktu!