Sunday, July 10, 2016

Panjut Raya 2016...!

Panjut raya di Kampung Gelong Gajah dan Kampung Padang Hangus yang memeriahkan suasana malam sambutan raya baru-baru ini.Suasana ini menjadi rutin tahunan bagi penduduk di kampung ini yang menarik perhatian pengunjung ini melihat suasana ini.Penulis tidak melepaskan peluang ini untuk sama-sama menyaksikan dan merakam detik ini.
Sedikit gambar yang sempat dirakamkan buat tatapan semua. Adiosss...Graciasss...!!!

Sunday, June 5, 2016

Degung Degang Kuterer@Giant Gong Badak.

Program Degung Degang Kuterer dengan kerjasama Giant Gong Badak berlangsung dengan jayanya.Program bermula pada jam 9.30 pagi dengan pertandingan melukis kanak-kanak dan dewasa diadakan.Di samping itu pertandingan dam aji dan bola kertas turut sama berlangsung.Program ini diselangselikan dengan cabutan nombor bertuah.Hadiah disampaikan oleh Admin Kuterer Bedi Khairil Zuhdi Khairuddin dan pengacara program WahimWorley Madu Tualang.Sambutan amat menggalakan dari warga Kuterer ...program tamat pada jam 2.00 petang.
Adiosss...Graciasss...!!!

Saturday, June 4, 2016

#PPC2016...Final Day!

Festival Peranakan Cina melabuhkan tirainya pada malam 3 Jun 2016 dengan kehadiran Menteri Besar Terengganu ke majlis penutupannya.Acara pembahagian hadiah kepada pemenang pertandingan fotografi sempena festival ini diadakan di pentas utama.
Majlis berlangsung pada jam 8.30 malam dan berakhir pada jam 12.00 tengah malam. Adiosss...Graciasss...!!!

Sunday, May 29, 2016

Festival Peranakan Terengganu@Kg. Cina.

Festival Peranakan Terengganu yang berlangsung dari 29 Mei-3 Jun 2016 di Kg.Cina, Kuala Terengganu.Festival tahunan ini menghidangkan pelbagai pertunjukan budaya peranakan dari makanan,budaya dan pakaian.
Adiosss...Graciasss...!!!