Saturday, October 19, 2013

Saturday, September 28, 2013

Seen Tky - 500k WLTI Achievement for Dulang Projects...!

Venue : Suria Cherating Beach Resort.
Adiosss...Graciasss!!!

Wednesday, August 28, 2013

Friday, May 31, 2013

Kuala Kangsar to Pasir Salak...!

Perjalanan ke Pasir Salak amatlah memenatkan...! Pukul 3.00 petang dari Kuala Kangsar melalui pekan Manong, Tg. Blanje dan Bota Kanan amat jauh.Bermacam-macam kampung dilalui dari kebun buah-buahan hingga ke ladang kelapa sawit ditempohi.Akhirnya sampai jua ke Kompleks Bersejarah Pasir Salak di pinggir Sungai Perak.Jam menunjukkan pukul 5.00 petang...ini bermakna perjalanan ke sini mengambil masa 3 jam untuk sampai.Kami memasuki perkarangan kompleks dan meninjau persekitaran sebelum memasuki terowong bersejarah Pasir Salak.Tiket perlu dibeli untuk memasuki terowong ini...! Banyak fakta-fakta dan bahan-bahan bersejarah yang menarik dipamerkan untuk tatapan pengunjung.
Adiosss...Graciasss!!!

Thursday, May 30, 2013

Kuala Kangsar...Agenda Labu Sayong!

Hari Ke 2...! Setelah bersiap mandi dan sarapan...agenda hari ke 2 diteruskan.Pagi ini kami mencari lokasi pembuatan labu sayong...!Berbekalkan broadband...aku mencari lokasi pembuatannya di Google Map!Aku bernasib baik menemui lokasinya di Kampung Sayong Hulu menerusi Jambatan Sultan Abdul Jalil.Tanpa berlengah kami meneruskan pencarian Labu Sayong di Kuala Kangsar ini.Kami menelusuri bandar Kuala Kangsar dan mencari Jambatan Sultan Abdul Jalil yang menghubungkan Kuala Kangsar ke Kampung Sayong Hulu.Akhirnya kami menemui tempat yang terkenal dengan labu sayong itu.Aku sempat merakam gambar dan video pembuatan labu sayong itu.Setelah lama di sini dan membeli sedikit cenderahati dan beberapa biji labu sayong...kami terus ke Galeri Sultan Azlan Shah.
Antara gambar di Kampung Sayong Hulu...! Sebelum ke Galeri Sultan Azlan Shah...kami mengisi perut dahulu.Perut dah mula berkeroncong minta diisi...!Kami singgah di Restoran Warisan berhampiran Stesen Bas Kuala Kangsar untuk makan tengahari.Beraneka lauk pauk tersedia di sini mengikut citarasa pelanggan...!
Setelah mengisi perut kami terus ke Galeri Sultan Azlan Shah di Jalan Istana berhampiran dengan Masjid Ubudiah.Setelah mengambil tiket berjumlah RM 24 untuk 4 orang dewasa dan 3 remaja bersekolah...kami memasuki galeri tersebut.Kamera dilarang sama sekali dibawa masuk ke dalam galeri hanya dibenarkan mengambil gambar di kawasan luar sahaja.Banyak barangan peribadi Sultan Azlan yang dipamerkan di sini.Dari baju persalinan dan perhiasan hinggalah ke hadiah-hadiah dari pembesar-pembesar dari serata dunia.Barangan peribadi yang cukup esklusif seperti pen,jam tangan dan cermin mata ternama turut dipamerkan.Rambang mata dibuatnya...!
Setelah penat berkunjung di sini kami singgah di Masjid Ubudiah untuk bersolat dan berehat seketika.
Perjalanan tamat di sini untuk hari ini...! To be continou...!!! Adiosss...Graciasss!!!

Wednesday, May 29, 2013

Anniversary Holiday to Northern Region...!

Minggu anniversary kali aku merancang perjalanan ke utara semenanjung.Destinasi utama kali ini adalah Bukit Bendera.Aku memulakan perjalanan seawal jam 6.45 pagi, 29 Mei 2013 bertolak ke Bukit Mentok,Kemaman.Abang ipar sedang menunggu untuk bersama dalam trip holiday kali ini.Kami meneruskan perjalanan melalui Lebuhraya Pantai Timur menuju Kuala Lumpur.Dari Kuala Lumpur perjalanan menerusi Jalan Persekutuan ke Kuala Kangsar.Rawang dan Kuala Kubu Baru adalah laluan yang mencabar pemanduan kami.Jalan agak jem teruk di sini.Kami menaiki Highway Plus di Tanjung Malim.Perjalanan menjadi lancar di sini.Lebuhraya yang merentasi semenanjung ini sangat mempersona pemandangannya.Kami tiba di Kuala Kangsar pada jam 5.30 petang.Kami check in di Damai Homestay selama 2 hari.Sebelum malam melabuh tirai...aku sempat berkunjung ke Hutan Lipur Ulu Kenas.
Di atas adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakam di Hutan Lipur Ulu Kenas sebagai kenangan...! To be continou...!!! Adiosss...Graciasss!!!

Shapadu Tky Bowling Tournament 2013...!

Tanggal 28/5/2013. Satu pertandingan boling antara pekerja Shapadu Tky telah diadakan di u-Bowl,Mesra Mall.Aktiviti ini adalah kesinambungan dalam kalendar aktiviti tahun lepas.Walaupun tanpa sponsor dan dikenakan bayaran RM30 seorang,sambutan amat menggalakkan.Semua staff amat sporting menunjukkan skill masing-masing...! > Adiosss...Graciasss!!!