Thursday, November 29, 2012

Shapadu-Hse Token Day...!

Majlis ringkas penyampaian hadiah Hse Token kepada para pekerja Shapadu Teluk Kalung Yard sempena bulan Hse-November 2012!Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Projek Manager,En. Syed Saggaf sempena kunjungannya ke Shapadu Teluk Kalong Yard pada 27 Nov 2012. Majlis seperti ini meyuntik semangat dan motivasi untuk berusaha lebih gigih dalam melaksanakan kerja tanpa sebarang kemalangan.
Adiosss...!!!

Thursday, November 15, 2012

Hari terakhir di Kota Bharu...! Pagi ini kami check in seawal jam 10.00 pagi dan bersarapan di sebuah restoran nasi kerabu di tepi jalan.Setelah sarapan kami membawa kereta untuk di basuh setelah beberapa hari berlumpur di Cameron Highland. Di sini aktiviti agak terhad disebabkan keletihan setelah beberapa hari memandu.Kami hanya singgah di Istana Negeri Kubang Kerian yang secara kebetulan mengadakan istana terbuka sempena hari keputeraan baginda dan memberi laluan Ekspo Maik 2012 - Sedekad Mendaulatkan Islam.
Aktiviti percutian tamat di sini dan kami meneruskan perjalanan pulang ke Terengganu dan melalui Lebuhraya Pantai Timur sampai ke rumah pada jam 6.30 petang.Keseluruhan jarak perjalanan adalah sejauh 1040km merangkumi Dungun - Kenyir - Gua Musang - Cameron Highland - Gua Musang - Kota Bharu - Dungun. Syukur Alhamdulillah kami selamat dalam perjalanan pergi dan balik dalam ekspedisi kali ini...! Graciasss...!!!!

Wednesday, November 14, 2012

Hari ke 3...Cameron Highland - Kota Bharu ! Selepas sarapan pagi di Medan Selera Tanah Rata kami menuju ke Bharat Tea Plantation di Tanah Rata dan tiba di sana jam 10.00 pagi.Sudah ramai pengunjung menikmati panorama indah ladang teh dari atas pelantar.
Setelah meninjau dan bergambar di sekitar ladang teh,kami membeli sedikit teh sebagai buah tangan untuk dibawa pulang.
Kami kembali ke hotel untuk rehat seketika dan mandi dalam kedinginan air yang sejuk membeku...!Selepas check out...kami keluar dari Berinchang dan singgah di Bee Farm Tringkap untuk madu cameron tapi agak kecewa melihat madunya seperti bergula di bawah dan tak jadi membelinya.
Kami teruskan perjalanan terakhir menjelajah Cameron Highland dan singgah di Bharrat tea Plantation di Kg. Terla untuk membeli sedikit lagi ole-ole untuk dibawa pulang...!
Untuk kali terakhir kami singgah di Masjid Kg. Raja untuk solat jamak zohor dan asar sebelum meninggalkan Cameron Highland dalam hujan gerimis...!Kereta kami membelah Banjaran Titiwangsa dari Lojing ke Gua Musang dan seterusnya ke Kota Bharu. Kami sampai di Kok Lanas jam 7.30 petang dan berhenti untuk solat jamak maghrib dan isyak.Selepas solat kami berlegar-legar mencari kedai makan untuk mengalas perut yang telah mula berkeroncong.Kami mengambil keputusan untuk menjamu selera di Restoran Ayam Penyet Kok Lanas.Menunya agak menarik...tapi rasanya lebih sedap nasi ayam di pasar malam!!!
Selepas menjamu selera di situ kami check in Hotel Mutiara Inn berhadapan Restoran Ayam Penyet.Kami mandi dan berehat seketika sebelum menghabiskan suasana malam di Wakaf Che Yeh...! To be continou...! Graciasss.....!!!

Tuesday, November 13, 2012

Hari ke 2...13/11/12! Hari kedua kami melawat Tanah Rata, Galeria Time Tunnel dan Kea Farm.Jalan agak sesak dengan kehadiran pengunjung yang berpusu-pusu.Masa perjalanan menjadi agak terhad.
Dari Tanah Rata ke Galeria Time Tunnel dan Kea Farm memakan masa 1 jam setengah sedangkan jaraknya tak sampai pun 10km.Jalan yang berliku dan berbukit melambatkan perjalanan.
Dalam keseronokan dan keghairahan bercuti dan shopping kami telah di saman kerana parking di tempat yang tidak dibenarkan.Apakan daya dah menjadi tugas dan tanggungjawab mereka memastikan lalulintas lancar...!
Sebelah malam kami ronda-ronda pasar malam yang menjadi destinasi kewajipan buat pengunjung.Banyak barangan cenderamata dan barangan basah berasaskan strawberry yang boleh didapati di sini.Kami sempat membeli berbagai cenderamata dan strawberry kering dan juga teh cameron.
Kami agak keletihan dan balik ke hotel untuk berehat dan beradu...perjalanan akan di sambung lagi esok! To be continou...Graciassss!!!

Monday, November 12, 2012

Cameron Highland...season 2012.

Hari Pertama...12/11/12! Cuti sekolah akhir tahun datang lagi...!Kali ini di awal cuti kami merancang satu perjalanan dan percutian ke Cameron Highland buat kali kedua.Seawal jam 9 pagi, 12/11/12 kami bertolak dari rumah ke Tasik Kenyir melalui jalan pintas Felda Aring ke Gua Musang.Jalan boleh dikatakan agak baik untuk dilalui oleh kenderaan ringan.Cuma di Felda Aring 6 jalan agak berlubang dan melambatkan perjalanan kami.Kami berhenti seketika untuk merakam panorama Tasik Kenyir.
Antara pemandangan Tasik Kenyir. Perjalanan mengambil masa 5 jam untuk sampai ke Gua Musang.Dari Gua Musang kami meredah Banjaran Titiwangsa melalui Jalan Pos Blau ke Lojing dan seterusnya ke Cameron Highland.
Kami sampai ke Cameron Highland pada jam 3.30 petang dan disambut dengan hujan gerimis.Kami mencari bilik penginapan untuk berehat dan memanjakan diri.Kami check in di Hotel Emerald Point untuk merehatkan badan.
Pemandangan dari Hotel Emerald Point. Sebelah malamnya kami hanya berlegar-legar di pasar malam Berinchang dan window shopping.
To be continou...2nd day in Cameron Highland! Graciasss...!!!

Sunday, November 11, 2012

Special guest from Sg. Petani...!

Terima kasih pada Ustazah Rodziah dan keluarga yang menjadikan rumah kami persinggahan pertama dalam percutiannya kali ini.Walaupun singkat tapi amat bermakna bagi kami.
Mereka dibawa melawat Taman Tamadun Islam dan sekitarnya walau masa agak terbatas.
Museum Negeri Losong juga menjadi destinasi lawatan.
Bergambar sebelum bertolak ke destinasi seterusnya. Adiosss...!!!