Tuesday, September 21, 2010

Tok Pani Family Day`s...!



Tanggal 8 Syawal 1431H bersamaan 17 Ogos 2010 sekali lagi diadakan perhimpunan keluarga Tok Pani sempena sambutan Aidil Fitri.Perhimpunan hari keluarga ini diadakan di perkarangan rumah peninggalan arwah Tok Pani di Kg. Tebing Tembah,Paka,Terengganu.Kali pertama perhimpunan ini diadakan 2 tahun yang lalu ditempat yang sama.Agenda ini menjadi perhimpunan tetap 2 tahun sekali yang dicetuskan idea oleh YAB Dr.Shafie Abu Bakar,ADUN Bangi.


Dr. Shafie Abu Bakar pencetus idea.





Majlis ini bermula seawal jam 9.00 pagi dengan aktiviti gotong-royong memasak nasi dan gulai daging lembu sumbangan ADUN Bangi tersebut.Kehadiran amat mengalakan dari sanak saudara jauh dan dekat.









Selepas solat Jumaat diadakan jamuan makan dan sessi ramah mesra serta suai kenal.Di samping itu diadakan cabutan bertuah untuk pengunjung yang hadir..hadiah berupa hamper makanan ringan.













Majlis tamat pada pukul 4 petang dan sanak saudara yang jauh dan dekat beransur-ansur pulang.....Jumpa lagi 2012!!!

Graciasss.....!

Tuesday, September 14, 2010

Gema Takbir Raya...!



Hiasilah hari raya anda dengan takbir,tahmid dan tasbih...!Semoga diberi pengampunan oleh Yang Maha Esa...amin!

Thursday, September 9, 2010

SaLaM LeBaRaN...!



Selamat menyambut hari raya Aidil Fitri kepada seluruh muslimin dan muslimat walau di mana jua anda berada.Semoga lebaran kali ini amat bermakna buat semua.Hiasilah lebaran ini dengan takbir,tahmid dan tasbih...!Maaf zahir dan batin dari tebuanese.

Monday, September 6, 2010

Ramadhan-Bulan Ujian...!

Tanggal 4 Ramadhan 1431H,selepas solat terawih aku dikejutkan dengan miss call dari abangku.Lalu aku menalipon kembali dan diberitakan ayahandaku terlibat dalam kemalangan kecil dengan kapcainya.Walaupun kemalangan kecil tapi lukanya agak parah juga...lutut dan kakinya luka agak teruk disamping 1 jari tangan dan kaki patah.Ayahandaku dihantar ke Hospital Dungun untuk menerima rawatan dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah dengan ambulan untuk menerima rawatan susulan.
Keesokan harinya aku bergegas ke Kay Tee untuk menziarahi ayahandaku yang terlantar dikatil Hospital Sultanah Nur Zahirah.Selama 4 hari ayahandaku ditahan di wad 4EF dan diteman oleh abangku yang sulung.
Selepas 4 hari pulang...aku dikejutkan lagi panggilan telefon dari abangku yang memaklumkan ayahandaku tak sedarkan diri di tempat kerja.Abangku memanggil ambulan dan dihantar ke Hospital Dungun sekali lagi.Kali ini keadaannya amat membimbangkan...ayahandaku koma dan tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke wad kecemasan!


Gambar hiasan.

Hospital Dungun tidak ada kemudahan dan peralatan untuk menangani kes-kes sebegini lalu sekali lagi di hantar ke HSNZ.Hampir setengah hari dimasukkan ke wad kecemasan dan diberi rawatan tapi tidak ada tanda2 sedarkan diri.Lalu ayahandaku dimasukkan ke wad unit rawatan rapi(icu) untuk rawatan secara intensif.Bermacam-macam wayar disambungkan ke badan ayahandaku disamping tiub pernafasan dimasukkan ke dalam mulutnya.Luluh hatiku melihat keadaannya...aku hanya mampu berdoa kepada Allah untuk kesejahteraan dan kesihatannya.


Gambar hiasan.

Selama 2 hari barulah terdapat pergerakan dan respon dari mata dan mulutnya...aku hanya mampu menangis!Jiwa aku tidak kuat untuk menerima dugaan seberat ini...!Ya Allah Ya Tuhanku...tabahkanlah hatiku ini!!!Aku hanya membisik untuk mententeramkan jiwaku ini.
Setelah beberapa hari menerima rawatan keadaan ayahandaku semakin pulih dan kini telahpun keluar dari hospital.
Terima kasih kepada para doktor dan jururawat yang bertungkus lumus merawat dan menyelamatkan ayahandaku.Sekalung budi dan penghargaan buat mereka...!