Sunday, April 25, 2010

The Welder...!



Inilah gambaran sebenar kerja yg ku lakukan setiap hari walaupun dlm video klip ini bukan aku yg sebenar.semangatku sentiasa berkobar2 utk membangunkan industri oil & gas negara.banyak negeri dah aku jelajahi utk membangunkan industri ini antaranya melaka,pahang.kedah ,penang,johor dan selangor.antara mega projek yg dah aku sertai ialah gpp2 -6,kr 2,ethylene-polyethylene,ldpe-petlin,ogt,optimal di kerteh,terengganu.basf,mtbe dan amoco di kuantan.sementara di kedah ialah pfk project.di melaka powertek,mg 3 dan melaka refinary project.dan di selangor pipeline di ijok...!kebanyakannya adalah projek petroleum nasional berhad atau singkatannya adalah petronas.



Aku berbangga kerana yg membangunkan industri ini kebanyakan adalah rakyat tempatan sendiri.daripada setinggi2 qualified hinggalah serendah2nya adalah orang malaysia daripada pelbagai kaum.


EO Reactor Replacement Project.


Segamat Compressor Station Expansion Project.




Pipeline Station at Ijok.


Boat Landing Bumi,Bulan & Surya at Cakerawala.


Friday, January 29, 2010

Kopi Termahal Dunia...!

Tahukah anda apakah kopi yg termahal di dunia?

Cappucino? Expresso? Mocha?
What? Kopi Janda? Tu yg mahal bukan kopinya.. tapi jandanya. Kah kah kah...

Biasa kita minum kopi.. kopi yg diproses dari biji kopi asli. Tapi berlainan dengan kopi ini. Nama pun paling mahal, mesti la ada spesel nya.. Hehe.

Pernah dengar nama Kopi Luwak? Kopi Luwak ialah kopi paling mahal di dunia.

Kenapa mahal? Sebab ia ada ingredient tambahan.. diproses dan diadun secukup rasa, bukan dalam periuk belanga, tapi dalam perut haiwan.. Haa, jangan terkejut beb. Sebab tu la mahal.. Hehe.

Kopi Luwak keluaran Thailand berjenama 'Doi Chaang'.




Kopi Luwak keluaran Filipina berjenama 'Alamid'.


Eh.. menatang ape ni? Apa kaitan dengan kopi lak ni?



Haa.. menatang ni la yg buat kopi ni sedap. Menatang ni la yg telah menaiktaraf status kopi ni jadi the most expensive coffee in this world!

Cane jadi gitu pulak? Haa.. relek.. follow story kat bawah ni...

Menatang ni namanya Civet. Lebih kurang macam musang la, badan bintik2.. membiak area Asia, Afrika dan Eropah.


Petani di Jawa Timur memetik biji kopi sebagai makanan Civet.


Hanya biji kopi yg elok dan terpilih je dijadikan makanan Civet.. demi menghasilkan kopi yg berkualiti tinggi.. Errkkk..


Civet diberi makan biji kopi terpilih. Masa proses penghadaman, enzim Civet akan bercampur dengan biji kopi ni. Bila najis keluar, ia akan menghasilkan biji kopi yg unik dan tasty.. Gulp!



Najis Civet dipungut untuk diproses.


Haha.. amacam, ada macam wafer cereal tak? Kah kah kah... !



Proses pembersihan dan pemilihan biji kopi Civet yg terbaik untuk dikisar menjadi serbuk kopi.



Inilah hasilnya... Kopi Termahal di Dunia!! Wahaha..



Berhati-hatilah ketika anda sedang menghirup kopi di kopitiam atau starbuck......!!!

Wednesday, January 6, 2010

Pengertian bulan dan hari dalam tahun masehi.

Pengertian Bulan-Bulan Masehi

* 1. Januari – berasal dari perkataan ‘Janus‘, iaitu tuhan berhala orang Romawi yang berwajah dua. Sebelah muka melihat ke depan dan sebelah muka melihat ke belakang.

* 2. Februari - berasal dari bahasa Latin iaitu ‘Februo‘ yang bermaksud ‘kesucian’. Biasanya dalam bulan ini bangsa Romawi mengadakan upacara penyucian jiwa mereka di kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling tempurung kelapa dalam suatu majlis untuk menghilangkan dosa.

* 3. Mac - berasal dari perkataan ‘Mars‘, iaitu salah satu tuhan berhala Romawi.

* 4. April - berasal dari bahasa latin iaitu ‘Aperto‘ yang bererti ‘terbuka’ atau ‘berkembang’. Dalam bulan ini biasanya bunga-bunga akan berkembang mekar. Orang Saxon* menggelar bulan ini sebagai Easter* kerana menghormati tuhan musim panas (summer).

* 5. Mei - berasal dari perkataan ‘Maia’ iaitu nama puteri dari dewa bangsa Romawi bernama ‘Atlas’.

* 6. Jun - berasal dari perkataan ‘Juno‘, salah satu tuhan orang Romawi.

* 7. Julai - berasal dari bahasa latin iaitu nama pemerintah ‘Julius Caesar’ yang kemudiannya diubah menjadi bulan ke tujuh.

* 8. Ogos - berasal dari nama pemimpin Rom iaitu ‘Caeser Augustus’ bermakna bulan ke lapan zaman Rom. Sebelum itu ia bernama ‘Sextilitis‘ (bulan ke enam) mengikut kalendar bangsa Romulus.

* 9. September – berasal dari perkataan ‘Septem‘ yang bererti tujuh. Pada asalnya ia adalah bulan ke tujuh tetapi kemudiaanya telah diubah menjadi bulan ke sembilan.

* 10. Oktober – berasal dari perkataan ‘Octo‘ yang bererti lapan tetapi telah diubah menjadi bulan yang ke sepuluh.

* 11. November – berasal dari bahasa latin iaitu ‘Novem‘ yang bererti sembilan. Tetapi ianya telah diubah menjadi bulan ke sebelas.

* 12. Disember – berasal dari bahasa latin ‘Decem‘ yang bererti ‘sepuluh’ tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.

Nama Asal Hari-Hari Masehi

* 1. Sunday – berasal dari perkataan ‘Sun’s Day’ ertinya matahari (dewa Sun).

* 2. Monday – berasal dari perkataan ‘Moon’s Day’ bererti hari bulan.

* 3. Tuesday – berasal dari perkataan ‘Day of Tyr’ sempena hari dewa perang masyarakat Rom bernama ‘Tyr’.

* 4. Wednesday – berasal dari perkataan ‘Woden’ nama salah satu dewa suci Rom.

* 5. Thursday berasal dari perkataan ‘Day of Thor’ sempena nama dewa Rom iaitu ‘Thor’ yang bermakna ‘Dewa Halilintar’.

* 6. Friday – berasal dari perkataan ‘Day of Freya’ iaitu Dewa Hari Perkahwinan orang Rom yang bernama ‘Freya’.

* 7. Saturday – berasal dari perkataan ‘Saturnus’ yang bererti bintang ‘Saturnus’ mengikut kepercayaan orang Romawi.

Awasilah diri kita dalam menyambut tahun baru masehi agar tidak tergelincir dari landasan Islam.Wassalam...!

Monday, November 16, 2009

Tengkujuh datang lagi...banjir!!!

saat ni hujan melanda pantai timur semenanjung dan terdapat kawasan2 tertentu yang dilanda banjir.sudah menjadi kelaziman diakhir tahun angin monsun akan membawa hujan ke serata ceruk kawasan.tak kira di pantai atau di pendalaman.

lihatlah keadaan ombak yg menghempas pantai teluk lipat yg mengakibatkan hakisan yg teruk dan benteng yg dibina pun turut pecah. di sinilah siri akhir GP Joran Grand Slam kategori pantai diadakan baru-baru ini...!




tak terkecuali kediamanku turut terkena tempiasnya.walaupun tidak sebesar mana tapi cukup membuat aku risau akan situasi ini.lihatlah keadaan di persekitaran rumahku yang dinaiki air...!

inilah yang sempat aku rakamkan keadaan semasa hujan reda...hujan ini berlarutan selama 2 hari.aku bersyukur selepas hari itu hujan mulai reda dan keadaan pulih seperti sediakala.tapi itu tidak bermakna aku bebas dari keadaan ini kerana musim monsun belum berakhir tapi baru nak bermula...!!! berwaspadalah.....!!!adiosss!

Sunday, September 27, 2009

RuMaH bArU.....sUaSaNa BaRuuu!!!

Seminggu sebelum puasa aku berpindah ke rumah baru di kg binjai dalam keadaan yang tergesa-gesa.hajat di hati untuk berpuasa di rumah baru dan berterawih dgn jiran jemaah baru.aku talipon beberapa orang kawanku untuk menolong mengangkut barang-barang perabut yang semuanya heavy2 belaka...tergezut member2ku itu!hampir 2 lori barang2 itu dipunggah ke rumah baru.baru aku tahu selama ini banyak jugak barangan perabut rumahku itu.
Kini semuanya telah selesai...hajat di hati telah dimakbulkan Tuhan.aku bermastautin di tempat baru dan sempat berterawih di sini walaupun tak cukup sebulan kerana sebab2 yg x dapat dielakkan.
di sini aku postkan beberapa keping gambar yg sempat aku rakamkan utk tatapan blog aku...!

suasana pagi yg hening dilitupi kabus yg dingin...!











dan saat mentari membenamkan dirinya...!










tak termampu nak luahkan dgn kata2...Subhanallah!!!
Adiosss...!

















Saturday, September 19, 2009

SaLaM LeBaRaN...!



selamat menyambut hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin buat semua blogger di alam maya ini...!




pada yang mahu duit raya tu...print la bebanyak jangan malu-malu!!!

Friday, September 11, 2009

blog aku...koma!

lebih sebulan blog aku koma gara2 kelembaban tm utk menyentelkan pertukaran alamat baru aku.aku berpindah ke rumah baru sebulan yg lalu...dan membuat permohonan pertukaran alamat yg baru di sebuah cawangan tm point sebelum aku berpindah!macam2 alasan yg diberikan oleh staff tm...takdak tiang la...takdak line laaa!aku semakin senak kepala tanpa tenet...apa2 yg berlaku di dunia siber ni aku x tahu!kesabaran aku semakin teruji...beberapa kali aku menghubungi tm point bertanyakan status kes ni!malah aku ke kedai tm point dan memarahi pegawai yg bertugas tu yg memberikan alasan yg x masuk akal...aku memberikan cadangan menjadikan pokok gelam sebagai tiang talipon!!!!!sakitnya ati aku dgn alasannya yg takdak tiang tu...!aku cakap tnb setel api umah aku 2 minggu jer...pegawai tu makin bengang dgn jawapan aku!terus jer cakap dia takdak kuasa...dia hanya kerani biasa jer!aku terus monyok dgn jawapan dia...!aku terus jer talipon kontraktor yg wiring talipon umah aku...dia cakap tiang ada stok!aku terus jer cakap suruh dia pasang...hari rabu bergegas dia pegi pasang dan siap wiring!hahhh...dan siap pon!aku terus jer talipon tm tuk aktifkan talian tu...dan hasilnya ari ni aku dgn heppinya dapat melayari tenet dan update blog aku...!
adioss...!