Wednesday, December 28, 2011

Teluk Lipat in Dangerous...!

Pantai Teluk Lipat yang saban tahun menjadi lokasi penting dalam kalendar GP Joran mengalami kemusnahan akibat ombak besar yang melanda pantai baru-baru ini.Lokasi ini sentiasa penuh sesak dengan pengunjung dan pemancing dari seluruh negara yang mencuba nasib di sini.
Jalan pantai ini runtuh akibat hakisan yang teruk dan hampir separuh dari jalan sudahpun terhakis.Kerja-kerja membaikpulih sedang giat dijalankan untuk menambak pantai yang terhakis itu...!











wa chow dulu...adiossss!!!

Friday, December 23, 2011

Majlis Solat Hajat dan Doa Selamat Shapadu Tky...!

Gambar sekitar majlis solat hajat dan doa selamat yang diadakan di Shapadu Yard,Teluk Kalong sempena perpindahan operasi dari KSB phase 2 ke Teluk Kalong pada 22/12/2011.Majlis bermula pada waktu zohor dimulai solat zohor berjamaah dan diikuti solat hajat dan diakhiri dengan tahlil dan bacaan doa selamat.Pekerja juga dihidangkan dengan jamuan ringan.













Adiosss....!

Monday, August 29, 2011

Salam Lebaran 1432H.



30 hb Ogos 2011.
Penulis ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1432H.Juga dikesempatan ini memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap.Maaf zahir dan batin.

Monday, July 18, 2011

Shapadu Bowling Tournament...!

17 Julai 2011,bertempat di Mesra Mall,Kerteh satu pertandingan bowling diadakan di antara staff Shapadu Phase 2.Program yang dirancang 2 minggu yang lalu menjelma pada hari ini.Ramai yang teruja dengan pertandingan ini.Perlawanan ini bukan hanya untuk suka-suka tapi lebih dari itu untuk memupuk budaya kerja berpasukan walaupun berlainan department.Kali ini semua staff terlibat.















Adiosss...!

Tuesday, June 14, 2011

Bowling Geng Shapadu...!

13 Jun 2011,bertempat di Mesra Mall Kerteh diadakan sukan bowling terbuka antara staff Shapadu.Perlawanan ini dirancang seminggu yang lalu di atas inisiatif staff Shapadu untuk mengeratkan silaturrahim di antara pekerja.Ramai yang berkelapangan turun padang.Antaranya department piping & fabrication,qa/qc,electrician,blasting painting,rigger dan warehouse.
Perlawanan dimulakan jam 8.30 malam berlangsung 2 jam dan tamat jam 10.30 malam.Yang pasti semuanya enjoy pada malam ini.
















Saksikan aksi-aksi menarik yang sempat dirakamkan...!

Adiosss...!

Thursday, March 24, 2011