Sunday, June 5, 2016
Degung Degang Kuterer@Giant Gong Badak.
Program Degung Degang Kuterer dengan kerjasama Giant Gong Badak berlangsung dengan jayanya.Program bermula pada jam 9.30 pagi dengan pertandingan melukis kanak-kanak dan dewasa diadakan.Di samping itu pertandingan dam aji dan bola kertas turut sama berlangsung.Program ini diselangselikan dengan cabutan nombor bertuah.Hadiah disampaikan oleh Admin Kuterer Bedi Khairil Zuhdi Khairuddin dan pengacara program WahimWorley Madu Tualang.Sambutan amat menggalakan dari warga Kuterer ...program tamat pada jam 2.00 petang.
Adiosss...Graciasss...!!!
Saturday, June 4, 2016
#PPC2016...Final Day!
Festival Peranakan Cina melabuhkan tirainya pada malam 3 Jun 2016 dengan kehadiran Menteri Besar Terengganu ke majlis penutupannya.Acara pembahagian hadiah kepada pemenang pertandingan fotografi sempena festival ini diadakan di pentas utama.
Majlis berlangsung pada jam 8.30 malam dan berakhir pada jam 12.00 tengah malam.
Adiosss...Graciasss...!!!
Sunday, May 29, 2016
Festival Peranakan Terengganu@Kg. Cina.
Festival Peranakan Terengganu yang berlangsung dari 29 Mei-3 Jun 2016 di Kg.Cina, Kuala Terengganu.Festival tahunan ini menghidangkan pelbagai pertunjukan budaya peranakan dari makanan,budaya dan pakaian.
Adiosss...Graciasss...!!!
Sunday, April 24, 2016
Peteq Terengganu Photo Hunt 2016.
23 April 2016.
Peteq Terengganu dengan kerjasama Tourism Terengganu dan Amazing Terengganu telah menganjurkan satu pertandingan foto tentang keunikan dan adat budaya harian rakyat Terengganu.Program sehari suntuk melibatkan Kuala Terengganu-Kuala Nerus dan Marang sebagai lokasi pencarian klu dan tema pertandingan.Sebanyak 26 pasukan yang bertanding yang terdiri dari 3 orang satu pasukan.Segala hasil pencarian mesti diserahkan sebelum jam 9.00 malam di pejabat urusetia.
Majlis pelepasan peserta telah dibuat di pejabat Tourism Terengganu di Paya Keladi.
Antara klu dan tema yang dicari antaranya Nasi Dagang Terengganu,Gamelan Terengganu ,masjid terkenal di Terengganu.
Antara lain lagi yang perlu dicari oleh para peserta ialah peralatan tembaga,batik dan tenunan songket juga keindahan pantai Terengganu dan wajah-wajah Terengganu.
Pada hari pembahagian hadiah diadakan sessi Photo Talk bersama Mohd Fuad yang dijemput khas dari Kulim,Kedah.Beliau membicarakan teknik-teknik mengambil gambar landskap yang menarik.
Antara karya peserta pertandingan yang dipamerkan kepada umum pada hari penyampaian hadiah.
Video pada hari pertandingan dan penyampaian hadiah kepada pemenang.
Adiosss...Graciasss...!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)



















































