Monday, September 6, 2010

Ramadhan-Bulan Ujian...!

Tanggal 4 Ramadhan 1431H,selepas solat terawih aku dikejutkan dengan miss call dari abangku.Lalu aku menalipon kembali dan diberitakan ayahandaku terlibat dalam kemalangan kecil dengan kapcainya.Walaupun kemalangan kecil tapi lukanya agak parah juga...lutut dan kakinya luka agak teruk disamping 1 jari tangan dan kaki patah.Ayahandaku dihantar ke Hospital Dungun untuk menerima rawatan dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah dengan ambulan untuk menerima rawatan susulan.
Keesokan harinya aku bergegas ke Kay Tee untuk menziarahi ayahandaku yang terlantar dikatil Hospital Sultanah Nur Zahirah.Selama 4 hari ayahandaku ditahan di wad 4EF dan diteman oleh abangku yang sulung.
Selepas 4 hari pulang...aku dikejutkan lagi panggilan telefon dari abangku yang memaklumkan ayahandaku tak sedarkan diri di tempat kerja.Abangku memanggil ambulan dan dihantar ke Hospital Dungun sekali lagi.Kali ini keadaannya amat membimbangkan...ayahandaku koma dan tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke wad kecemasan!


Gambar hiasan.

Hospital Dungun tidak ada kemudahan dan peralatan untuk menangani kes-kes sebegini lalu sekali lagi di hantar ke HSNZ.Hampir setengah hari dimasukkan ke wad kecemasan dan diberi rawatan tapi tidak ada tanda2 sedarkan diri.Lalu ayahandaku dimasukkan ke wad unit rawatan rapi(icu) untuk rawatan secara intensif.Bermacam-macam wayar disambungkan ke badan ayahandaku disamping tiub pernafasan dimasukkan ke dalam mulutnya.Luluh hatiku melihat keadaannya...aku hanya mampu berdoa kepada Allah untuk kesejahteraan dan kesihatannya.


Gambar hiasan.

Selama 2 hari barulah terdapat pergerakan dan respon dari mata dan mulutnya...aku hanya mampu menangis!Jiwa aku tidak kuat untuk menerima dugaan seberat ini...!Ya Allah Ya Tuhanku...tabahkanlah hatiku ini!!!Aku hanya membisik untuk mententeramkan jiwaku ini.
Setelah beberapa hari menerima rawatan keadaan ayahandaku semakin pulih dan kini telahpun keluar dari hospital.
Terima kasih kepada para doktor dan jururawat yang bertungkus lumus merawat dan menyelamatkan ayahandaku.Sekalung budi dan penghargaan buat mereka...!

No comments:

Post a Comment