Wednesday, May 29, 2013

Anniversary Holiday to Northern Region...!

Minggu anniversary kali aku merancang perjalanan ke utara semenanjung.Destinasi utama kali ini adalah Bukit Bendera.Aku memulakan perjalanan seawal jam 6.45 pagi, 29 Mei 2013 bertolak ke Bukit Mentok,Kemaman.Abang ipar sedang menunggu untuk bersama dalam trip holiday kali ini.Kami meneruskan perjalanan melalui Lebuhraya Pantai Timur menuju Kuala Lumpur.Dari Kuala Lumpur perjalanan menerusi Jalan Persekutuan ke Kuala Kangsar.Rawang dan Kuala Kubu Baru adalah laluan yang mencabar pemanduan kami.Jalan agak jem teruk di sini.Kami menaiki Highway Plus di Tanjung Malim.Perjalanan menjadi lancar di sini.Lebuhraya yang merentasi semenanjung ini sangat mempersona pemandangannya.Kami tiba di Kuala Kangsar pada jam 5.30 petang.Kami check in di Damai Homestay selama 2 hari.Sebelum malam melabuh tirai...aku sempat berkunjung ke Hutan Lipur Ulu Kenas.
Di atas adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakam di Hutan Lipur Ulu Kenas sebagai kenangan...! To be continou...!!! Adiosss...Graciasss!!!

No comments:

Post a Comment