Friday, March 11, 2011

Day 1...! Golok --> Pattani --> Hatyai.

Di Pekan Golok,semua peserta rombongan menukar RM kepada Bath Thailand.Ramai yang menjadi orang kaya segera di sini...ribu-riban duit yang mereka dapat!Ada yang senyum sampai ke telinga...dan ada yang menukar gaya perjalanan!Okb lah katakan...!!!Selepas menukar wang anggota rombongan bersarapan pagi di sini untuk mengalas perut.



Tepat jam 9.00 pagi bas meluncur lagi ke Pattani sejauh 160km ke utara.Perjalanan melalui kebun getah dan sawah padi yang terbentang luas di kiri kanan jalan.Penduduk di sini majoritinya adalah melayu pattani yang berkebun dan bergelumang dengan bendang padi.Rumah-rumah tradisional melayu jelas kelihatan.Keseluruhannya Pattani agak ketinggalan dari arus kemodenen semasa.
Bas berhenti seketika untuk memberi peluang peserta berehat dan menghirup udara segar.





Matahari dah meninggi dan perut mula keroncong.Persinggahan makan tengahari adalah di Restoran Madina di tengah Pekan Pattani.Pattani yang memang terkenal dengan masakan tomyam dan segala makanan laut yang segar...!





Persinggahan pertama pada hari ini adalah Pusat Pendidikan Anak-Anak Yatim Ummu Maryam di Pattani.Rombongan sampai di sini pada pukul 12.30 tengahari.Sumbangan berupa wang dan pakaian dihulurkan untuk meringankan beban.Selesai ucapan kedua-dua belah pihak,persembahan nasyid dan jamuan ringan disediakan oleh urusetia pusat pendidikan tersebut.





Sebelum beredar anggota rombongan sempat bergambar beramai-ramai sebagai kenangan.



Perjalanan diteruskan ke Masjid Jamek Pattani untuk peserta rombongan menunaikan solat.



Setelah segalanya selesai rombongan dibawa terus ke Hatyai.Jarak perjalanan dari Pattani ke Hatyai sejauh 100km.Peserta dah keletihan dan ada yang mengambil peluang untuk tidur.Jam 5.00 petang,bas sudah sampai ke bandar Hatyai dan rombongan dibawa terus ke pusat barangan kulit di Nora Plaza untuk window shopping sehingga jam 6.30 petang.
Selepas itu barulah check in di Hotel Daiichi di pusat bandar Hatyai.





Sebelah malam peserta rombongan bebas untuk melakukan aktiviti sendiri.Ada yang memerap di bilik dan ada yang keluar melihat panorama malam di Hatyai.

To be continou...!

Adiosss...!!!

Thursday, March 10, 2011

Desso Holiday Tour...Trip to South Thailand!

Cuti sekolah penggal pertama dah bermula...!Cuti kali ini agak bermakna dan jauh dari negeri sendiri dan di luar sempadan negara.Kebetulan Desso menganjurkan percutiannya sendiri di kalangan guru-gurunya.Jadi...bolehlah tumpang sekaki!Destinasi kali ini adalah negara gajah putih di utara semenanjung.
Laluannya adalah Dungun --> Golok --> Pattani --> Hatyai --> Songkhla --> Dungun.Perjalanan bermula pada malam jumaat 10 mac 2011 pukul 10.00 malam.Semua peserta rombongan berkumpul di hadapan pintu pagar SMKSO untuk menaiki bas.Setelah semua selesai berkumpul dan menaiki bas,tepat pukul 10.30 malam bas mula bergerak melalui Jambatan Dungun.Beberapa peserta menaiki bas di pertengahan perjalanan di Kuala Ibai dan Batu 6.Setelah segalanya selesai perjalanan diteruskan ke Bandar Jerteh.
Di Bandar Jerteh bas berhenti di stesen minyak Petronas pada pukul 1.40 pagi bagi memberi peluang peserta melepaskan "hajat".Perjalanan diteruskan lagi ke Rantau Panjang melalui Machang.Rombongan sampai di Masjid Beijing,Rantau Panjang pada pukul 4.30 pagi.Semua peserta berehat di sini dan solat subuh di sini sementara menunggu pintu sempadan dibuka diwaktu pagi.
Selesai solat subuh semua menaiki bas ke pusat imigresen untuk urusan passport keluar negara.Semua peserta dikehendaki beratur untuk memudahkan urusan check out.Selesai urusan di imigresen Malaysia sekali lagi perkara yang sama dilakukan di imigresen Thailand.
Alhamdulillah...segalanya dipermudahkan!Urusan di pintu sempadan sudahpun selesai.





To be continou...!

Adiosss...!

Wednesday, December 8, 2010

Jalan-Jalan Makan Angin di Melaka...!

Tanpa diduga dan dirancang tetiba jer adik ipar dan familinya ajak pergi makan angin di mana-mana destinasi.Memandangkan Pantai Timur dilanda musim tengkujuh dan hujan sentiasa turun...maka destinasi Melaka menjadi pilihan kerana sejarahnya yang panjang. Walaupun sudah beberapa kali berkunjung ke sini sama ada bersantai atau bekerja namun hati tidak pernah puas.Banyak tempat menarik dan bersejarah yang wajar dikunjungi selain dari tempat-tempat riadah.


Masjid Kg. Hulu yang menarik senibinanya.

Tambah pula Bandaraya Melaka telah digazetkan sebagai bandar warisan dunia.Untuk menaiktarafkan bandar ini sebagai warisan dunia banyak tempat-tempat menarik sedang dibina.


Clock Tower.


Kombinasi Stadthuys,Victoria Regina dan Clock Tower.

Sungai Melaka sendiri sedang pesat dibangunkan untuk memberi nilaitambah kepada bandaraya ini.Mercutanda baru banyak didirikan supaya bertambah menarik dan memikat pelancong yang datang.


Eye On Malacca.

Banyak tempat bersejarah yang boleh dikunjungi antaranya Tugu A Famosa,St. Paul Hill,Stadthuys Museum,Bukit Cina,serta makam pahlawan terbilang Hang Tuah di Tanjung Keling dan berbagai tempat lagi.


Porto de Santiago


Hang Tuah Tomb.

Antara tarikan terbaru di sini adalah Malacca River Cruise.Pengunjung boleh menaiki boat untuk menyusuri Sg. Melaka selama 45 minit pelayaran bermula di Jeti Quayside dan berakhir di Taman Rempah dan berpatah balik ke Jeti Quayside.Bayaran untuk pengunjung dewasa adalah RM 10.00 dan RM 5.00 untuk kanak-kanak.Peluang seperti ini tidak harus dilepaskan sekiranya anda berkunjung ke Melaka.







Pengunjung boleh melihat keindahan panorama Sg. Melaka dan pembangunan di sepanjangnya...!




Graciasss....!!!

Monday, November 22, 2010

Bandaraya Warisan Pesisir Air...!

Mercutanda baru Bandaraya Kuala Terengganu kini hampir siap.Terletak di belakang Kampung Cina bermula dari Kedai Binjai (kini Hotel Sri Malaysia) hinggalah ke Pasar Kedai Payang satu projek ‘waterfont’ kini hampir siap dan tinggal sebahagian yang masih dalam proses penyudahan. Daripada apa yang diperhatikan lokasi ini akan menjadi satu tarikan baru di Kuala Terengganu kelak kerana pada sebelah malamnya terdapat hiasan lampu berwarna warni dan terdapat sebuah terusan membelah daratan yang ditambak.Dihubungkan dengan 2 buah jambatan pendek di Kg Cina dan sebuah jambatan gantung berdekatan Pasar Kedai Payang.



















Kepada sesiapa yang tidak berkesempatan tu...silalah berkunjung di sini untuk menikmati panorama yang mendamaikan.

Graciasss...!

Tuesday, November 16, 2010

Selamat berwukuf buat jemaah haji di Makkatul Mukarramah!



Selamat berwukuf buat jemaah haji di Tanah Suci Makkatul Mukarramah semoga mendapat haji mabrur.Kepada muslimin dan muslimat di mana jua anda berada...selamat menyambut hari raya Aidil Adha semoga mendapat keberkatan dan mengambil pengajaran dari kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS.

Sunday, October 10, 2010

GP Joran-Grand Slam!

Pada 9 & 10 hb Oktober 2010 pertandingan memancing GP Joran-Grand Slam peringkat akhir telah diadakan di Pantai Teluk Lipat, Dungun.Pantai dan laut Dungun dijadikan lokasi terakhir pertandingan ini sejak 2 tahun kebelakangan ini.Lokasi ini menjadi tumpuan pemancing dari seluruh negara kerana perairan laut Dungun terdapat khazanah laut yang bernilai tinggi.



Lihatlah hasil tangkapan peserta GP Joran yang amat besar dari ikan pari,aruan tasik,tenggiri,ikan merah,kerapu dan lain-lain pasti mengujakan dan mengamit peserta untuk datang mengadu nasib.Begitulah istimewanya perairan laut Dungun.



Tidak ketinggalan perairan pantainya yang menjadi lubuk bagi ikan gerong belang,ebek dan pelbagai jenis pari.Jika kena pada musimnya pasti tidak akan mengecewakan kaki-kaki pancing yang datang.



Pertandingan GP Joran pusingan akhir ini menawarkan hadiah-hadiah yang hebat.Dua buah Perodua Alza dipertaruhkan untuk pemenang pusingan akhir kategori laut dan pantai.Di samping itu banyak hadiah-hadiah lain yang ditawarkan.





GP Joran kini sudah menjadi trade mark bagi sukan memancing di Malaysia amnya.Penulis juga mengambil kesempatan untuk meninjau aktiviti sukan memancing ini.Hari ini hari yang bertuah kerana penulis dapat bertemu secara live dengan otai Jelajah Joran tv3 saudara Nasir Yusof.Penulis sempat merakamkan gambar kenangan bersama beliau.


Otai Jelajah Joran TV3...Saudara Nasir Yusof.




Jelajah Joran Kenyir-1.



Jelajah Joran Kenyir-2.



Jelajah Joran Kenyir-3.


Graciasss...!!!