Monday, November 12, 2012

Cameron Highland...season 2012.

Hari Pertama...12/11/12! Cuti sekolah akhir tahun datang lagi...!Kali ini di awal cuti kami merancang satu perjalanan dan percutian ke Cameron Highland buat kali kedua.Seawal jam 9 pagi, 12/11/12 kami bertolak dari rumah ke Tasik Kenyir melalui jalan pintas Felda Aring ke Gua Musang.Jalan boleh dikatakan agak baik untuk dilalui oleh kenderaan ringan.Cuma di Felda Aring 6 jalan agak berlubang dan melambatkan perjalanan kami.Kami berhenti seketika untuk merakam panorama Tasik Kenyir.
Antara pemandangan Tasik Kenyir. Perjalanan mengambil masa 5 jam untuk sampai ke Gua Musang.Dari Gua Musang kami meredah Banjaran Titiwangsa melalui Jalan Pos Blau ke Lojing dan seterusnya ke Cameron Highland.
Kami sampai ke Cameron Highland pada jam 3.30 petang dan disambut dengan hujan gerimis.Kami mencari bilik penginapan untuk berehat dan memanjakan diri.Kami check in di Hotel Emerald Point untuk merehatkan badan.
Pemandangan dari Hotel Emerald Point. Sebelah malamnya kami hanya berlegar-legar di pasar malam Berinchang dan window shopping.
To be continou...2nd day in Cameron Highland! Graciasss...!!!

Sunday, November 11, 2012

Special guest from Sg. Petani...!

Terima kasih pada Ustazah Rodziah dan keluarga yang menjadikan rumah kami persinggahan pertama dalam percutiannya kali ini.Walaupun singkat tapi amat bermakna bagi kami.
Mereka dibawa melawat Taman Tamadun Islam dan sekitarnya walau masa agak terbatas.
Museum Negeri Losong juga menjadi destinasi lawatan.
Bergambar sebelum bertolak ke destinasi seterusnya. Adiosss...!!!

Wednesday, December 28, 2011

Teluk Lipat in Dangerous...!

Pantai Teluk Lipat yang saban tahun menjadi lokasi penting dalam kalendar GP Joran mengalami kemusnahan akibat ombak besar yang melanda pantai baru-baru ini.Lokasi ini sentiasa penuh sesak dengan pengunjung dan pemancing dari seluruh negara yang mencuba nasib di sini.
Jalan pantai ini runtuh akibat hakisan yang teruk dan hampir separuh dari jalan sudahpun terhakis.Kerja-kerja membaikpulih sedang giat dijalankan untuk menambak pantai yang terhakis itu...!











wa chow dulu...adiossss!!!

Friday, December 23, 2011

Majlis Solat Hajat dan Doa Selamat Shapadu Tky...!

Gambar sekitar majlis solat hajat dan doa selamat yang diadakan di Shapadu Yard,Teluk Kalong sempena perpindahan operasi dari KSB phase 2 ke Teluk Kalong pada 22/12/2011.Majlis bermula pada waktu zohor dimulai solat zohor berjamaah dan diikuti solat hajat dan diakhiri dengan tahlil dan bacaan doa selamat.Pekerja juga dihidangkan dengan jamuan ringan.













Adiosss....!

Monday, August 29, 2011

Salam Lebaran 1432H.



30 hb Ogos 2011.
Penulis ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1432H.Juga dikesempatan ini memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap.Maaf zahir dan batin.

Monday, July 18, 2011

Shapadu Bowling Tournament...!

17 Julai 2011,bertempat di Mesra Mall,Kerteh satu pertandingan bowling diadakan di antara staff Shapadu Phase 2.Program yang dirancang 2 minggu yang lalu menjelma pada hari ini.Ramai yang teruja dengan pertandingan ini.Perlawanan ini bukan hanya untuk suka-suka tapi lebih dari itu untuk memupuk budaya kerja berpasukan walaupun berlainan department.Kali ini semua staff terlibat.















Adiosss...!