Wednesday, May 29, 2013

Anniversary Holiday to Northern Region...!

Minggu anniversary kali aku merancang perjalanan ke utara semenanjung.Destinasi utama kali ini adalah Bukit Bendera.Aku memulakan perjalanan seawal jam 6.45 pagi, 29 Mei 2013 bertolak ke Bukit Mentok,Kemaman.Abang ipar sedang menunggu untuk bersama dalam trip holiday kali ini.Kami meneruskan perjalanan melalui Lebuhraya Pantai Timur menuju Kuala Lumpur.Dari Kuala Lumpur perjalanan menerusi Jalan Persekutuan ke Kuala Kangsar.Rawang dan Kuala Kubu Baru adalah laluan yang mencabar pemanduan kami.Jalan agak jem teruk di sini.Kami menaiki Highway Plus di Tanjung Malim.Perjalanan menjadi lancar di sini.Lebuhraya yang merentasi semenanjung ini sangat mempersona pemandangannya.Kami tiba di Kuala Kangsar pada jam 5.30 petang.Kami check in di Damai Homestay selama 2 hari.Sebelum malam melabuh tirai...aku sempat berkunjung ke Hutan Lipur Ulu Kenas.
Di atas adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakam di Hutan Lipur Ulu Kenas sebagai kenangan...! To be continou...!!! Adiosss...Graciasss!!!

Shapadu Tky Bowling Tournament 2013...!

Tanggal 28/5/2013. Satu pertandingan boling antara pekerja Shapadu Tky telah diadakan di u-Bowl,Mesra Mall.Aktiviti ini adalah kesinambungan dalam kalendar aktiviti tahun lepas.Walaupun tanpa sponsor dan dikenakan bayaran RM30 seorang,sambutan amat menggalakkan.Semua staff amat sporting menunjukkan skill masing-masing...! > Adiosss...Graciasss!!!

Wednesday, May 15, 2013

Monday, May 6, 2013

General Election 13 - 2013 !

Gambar sekitar Pilihanraya Umum Ke 13 di Upu Tebing Tembah Dun Paka dan Parlimen Dungun. Adiosss...Graciasss!!!

Sunday, May 5, 2013

Outing di Kedai Manir...!

Manir merupakan sebuah pekan yang terdapat kira-kira 8km dari pusat bandar Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Kawasan ini merupakan kawasan berpenduduk majoriti Melayu 99 peratus sementara yang lain terdiri daripada penduduk kaum Cina. Manir terbahagi kepada dua iaitu kampung Manir asal (Manir pasar dan kampung sekitarnya) dengan Kampung Manir Kubang Jela. Penduduk pekan ini dianggarkan berjumlah 7000 orang. Manir juga adalah merujuk kepada DUN Manir yang meliputi kawasan kampung Manir dan sekitar. Secara teknikalnya Manir diletakkan dibawah Parlimen Hulu Terengganu bagi tujuan pentadbiran, walaupun berada dalam daerah kuala Terengganu. Antara foto yang sempat dirakamkan...! Adiosss...Graciasss!!!

Saturday, May 4, 2013

Live Chat with UAI & Ayoh Chik...!

Live chat UAI dan Ayoh Chik di Lagun Kuala Ibai selepas solat Jumaat jam 3.30 petang...! Adiosss...Graciasss!!!

Wednesday, May 1, 2013

Seen Tky 1...Hse Appreciation Day !

Pada hari ini satu majlis penghargaan kepada para pekerja telah diadakan di perkarangan office yard Shapadu Telok Kalong.Majlis ini disertai oleh boss2 besar dari SEEN HQ dan Petronas Carigali.Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Farhan dari HQ dan disertai dengan ucapan dari pihak pengurusan HQ dan dari pihak Petronas Carigali. Selepas itu diadakan cabutan bertuah untuk para pekerja dan pengumuman The Best UCUA dan The Best UCUX.Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari. Adiosss...Graciasss!!!