Sunday, June 27, 2010

Hari ke 2...Penang!

Zaujjahku menghubungi seorang kenalannya di Aman Jaya untuk mengajaknya ke Penang dan mereka bersetuju membawa kami ke sana.Selepas sarapan di Aroma Cafe kami check out dari hotel Sp Inn pukul 10.00 pagi dan menunggu di lobi hotel sementara mereka datang menjemput.Sempat juga snap beberapa keping foto di Aroma Cafe dan lobi hotel sebagai kenangan.Tepat pukul 11 pagi Cikgu Rodziah dan suami serta 3 orang anaknya sampai di perkarangan hotel penginapan kami.Keadaan kecoh seketika apabila anaknya Angah ingin menaiki kereta kami.Rupa-rupanya Angah berkaki ayam...!!!Alahai...pasai apa boleh jadi lagu tu!!!Terpaksalah membeli selipar baru untuk Angah di pertengahan jalan...!







Kami terus bertolak ke Penang melalui Highway Plus.Perjalanan merentasi sawah padi yang terbentang luas di kiri dan kanan jalan yang menghijau amat mengasyikkan.Kami memasuki Penang melalui Terminal Feri di Butterworth.Hampir 1 jam terkandas di plaza tol selepas mengambil tiket feri.Mungkin ramai pelawat yang memasuki Penang melalui feri...tu pasal lah sesak!Kami bersabar menunggu giliran dan hampir pukul 1 tengahari keretaku mula memasuki perut feri.



Kami berehat sambil menikmati pemandangan laut yang membiru.Feri mula bergerak perlahan-lahan ke tengah laut dan mengambil masa 1/2 jam untuk sampai Georgetown.Kami keluar dari feri menuju ke Padang Kota Lama untuk berehat dan makan tengahari.Selepas makan sempat meninjau2 Fort Conwallis...kubu perang yang bersejarah peninggalan British.

Kami terus memandu dalam kesesakan menuju ke Bukit Bendera.Sampai ke sana kami berasa hampa kerana Bukit Bendera di tutup untuk proses pembaikan.Kami hanya bergambar kenangan di hadapan pintu masuk sebagai pengubat lara.



Kami berpatah balik dan menuju ke Bayan Lepas untuk ke Batu Maung.Di sini terletaknya Museum Perang yang terkenal itu.Kami mengambil tiket untuk masuk ke sini. RM15.00 untuk dewasa dan RM7.50 untuk kanak2.Pengalaman memasuki terowong amat mengujakan.Banyak bahan bersejarah peninggalan tentera British dipamerkan di sini.Daripada meriam penangkis,alatan2 perang,motosikal dan sebagainya hingga ke kapak pemenggal kepala turut di pamerkan.Penat jugak menjelajah di sini dari terowong dan mendaki anak bukit serta menaiki anak tangga memang meletihkan.

Meriam altelari.

Motosikal british.

Tapak meriam penangkis.


Kapak pemenggal kepala berukiran tengkorak.

Kami beransur2 meninggalkan Bt. Maung dan menuju ke Balik Pulau untuk membeli jeruk buah2an yang terkenal pembuatannya di sini.Kami agak kurang bernasib baik kerana banyak kedai sudah ditutup kerana kami tiba agak lewat petang.Kami membeli tanpa banyak pilihan tapi sudah memadai.Jalan di Balik Pulau amat mencabar pemanduan kami.Jalan yang bengkang bengkok menaiki dan menuruni bukit ditambah dengan kenderaan yang sesak membuat kami kepenatan. Kami keluar dari Pulau Pinang melalui jambatan dan singgah untuk solat di masjid Seberang Jaya.Kami pulang ke SP dan menginap di rumah Cikgu Rodziah untuk malam ini. Terima kasih kepada tuan rumah sekeluarga membenarkan kami melabuhkan tirai malam di sini...Jazakallahu khairan kathira!

Besoknya kami ingin mengembara ke negeri Perlis Indera Kayangan...!

To be continou...!

No comments:

Post a Comment