Tuesday, June 29, 2010

Hari ke 3...Perlis Indera Kayangan!

Pagi ini kami dijamu dengan sarapan nasi lemak utara yang enak sekali...tambah satu pinggan untuk mengalas perut dalam perjalanan nanti.Selepas makan bersantai dengan anak2 Ustazah Rodziah di ruang tamu.Baru hari ini Alia membuka mulut dan mesra dengan kami.Ajak main puzzle lagi...!!!



Tapi kami tak boleh lama...pengembaraan mesti diteruskan.Selepas bersalaman kami keluar dari rumah Ustazah Rodziah pukul 10 pagi.Terima kasih di atas layanan istimewa kalian seisi keluarga...!



Kami ke bandar SP seketika untuk mencari kad memori yang dah penuh.Masuk Village Mall pusing-pusing...tak ada kedai yang jual barangan komputer!Akhirnya masuk Tesco di sebelah Village Mall...barulah jumpa barang yang dikehendaki.Hampir sejam masa terbuang di sini...!



Kami keluar ke Highway Plus melalui Plaza Tol Sg. Petani Utara.Dari sini perjalanan ke Perlis bermula...!Hari sudah redup...hujan telah turun dengan selebatnya ketika sampai ke area Alor Setar.Perjalanan menjadi perlahan...kami memandu dengan berhati-hati kerana bimbang kemalangan sering berlaku ketika hujan lebat di highway.Ketika musim panas,kemalangan sering berlaku akibat asap tebal dari pembakaran terbuka jerami padi.Selalunya terjadi selepas musim menuai padi.
Perjalanan ke Perlis melalui highway agak jauh...tapi mengasyikan kerana pemandangan sawah padi yang terbentang luas di kiri dan kanan jalan! Sampai di Changlun kami exit ke Changlun-Kuala Perlis Expressway.Di tepi jalan para peniaga mendirikan gerai menjual pelbagai jenis buah2an.Ada durian,rambutan,limau bali,buah salak,mangga dan macam2 lagi.Kami sampai di Kangar hampir pukul 3 petang.Perut dah keroncong minta diisi.Kami singgah di sebuah restoran untuk mengisi perut.Selepas makan kami berhenti di masjid Behor Temak untuk menunaikan solat. Selepas rehat seketika kami meneruskan perjalanan ke bandar Kangar yang hanya beberapa kilometer saja lagi.Sampai di Kangar kami pusing-pusing mencari lokasi hotel yang sesuai.Kebanyakan hotel di tengah pusat bandar yang ruang parking agak terhad.
Kami terus ke Gua Kelam di Wang Kelian melalui Kg.Batu Pahat.Jalan agak selesa pada awalnya tapi semakin jauh semakin sempit.Kami merentasi kebiruan air tasik...rupa2nya inilah Empangan Tasik Timah Tasoh yang tersohor itu.Kami berhenti seketika untuk merakamkan keindahan pemandangan tasik ini.Hari semakin petang dan masa semakin suntuk.





Kami memecut hingga ke Wang Kelian dan tiba di Gua Kelam hampir pukul 5 petang.Ramai juga pengunjung yang datang ke sini dengan keluarga dan bas rombongan.Puas bila sampai ke sini...memang berbaloi perjalanan kami!Air yang mengalir,keindahan landskap yang menghijau dan susunan batu batan memukau mata yang memandang.Tanpa membuang masa kami mengambil tiket RM1 seorang dan masuk ke dalam gua tersebut.Cukup cantik panorama di dalam gua ini dengan titian gantungnya yang selesa dan panjang itu.Memang patut dijadikan destinasi percutian keluarga.Hampir 20 minit perjalanan menelusuri gua ini hingga ke hujungnya.Ramai pengunjung yang ambil peluang mandi manda di sini.Kami merakam keindahan panorama di dalam gua ini sebagai kenangan percutian kami.Kami menghabiskan masa hampir 1 jam di sini memandang gua ini akan ditutup pada pukul 7 petang.











Kami pulang semula ke Kangar untuk mencari hotel penginapan.Hampir setengah jam berpusing akhirnya kami mengambil keputusan untuk bermalam di Hotel Federal.Hotel yang selesa dan ruang parking yang cukup mudah walaupun hotel ini sedang dalam proses pembaikan.Kami check in pukul 7 petang...! Malamnya kami meninjau-ninjau kehidupan malam di bandar Kangar.Lampu2 berkerlipan di batang2 pokok dan ditiang2 lampu...amat meriah!Kami keletihan dan pulang ke hotel pukul 11 malam untuk merehatkan badan dan mengulek mimpi di kayangan!





To be continou...!

No comments:

Post a Comment