Wednesday, November 14, 2012

Hari ke 3...Cameron Highland - Kota Bharu ! Selepas sarapan pagi di Medan Selera Tanah Rata kami menuju ke Bharat Tea Plantation di Tanah Rata dan tiba di sana jam 10.00 pagi.Sudah ramai pengunjung menikmati panorama indah ladang teh dari atas pelantar.
Setelah meninjau dan bergambar di sekitar ladang teh,kami membeli sedikit teh sebagai buah tangan untuk dibawa pulang.
Kami kembali ke hotel untuk rehat seketika dan mandi dalam kedinginan air yang sejuk membeku...!Selepas check out...kami keluar dari Berinchang dan singgah di Bee Farm Tringkap untuk madu cameron tapi agak kecewa melihat madunya seperti bergula di bawah dan tak jadi membelinya.
Kami teruskan perjalanan terakhir menjelajah Cameron Highland dan singgah di Bharrat tea Plantation di Kg. Terla untuk membeli sedikit lagi ole-ole untuk dibawa pulang...!
Untuk kali terakhir kami singgah di Masjid Kg. Raja untuk solat jamak zohor dan asar sebelum meninggalkan Cameron Highland dalam hujan gerimis...!Kereta kami membelah Banjaran Titiwangsa dari Lojing ke Gua Musang dan seterusnya ke Kota Bharu. Kami sampai di Kok Lanas jam 7.30 petang dan berhenti untuk solat jamak maghrib dan isyak.Selepas solat kami berlegar-legar mencari kedai makan untuk mengalas perut yang telah mula berkeroncong.Kami mengambil keputusan untuk menjamu selera di Restoran Ayam Penyet Kok Lanas.Menunya agak menarik...tapi rasanya lebih sedap nasi ayam di pasar malam!!!
Selepas menjamu selera di situ kami check in Hotel Mutiara Inn berhadapan Restoran Ayam Penyet.Kami mandi dan berehat seketika sebelum menghabiskan suasana malam di Wakaf Che Yeh...! To be continou...! Graciasss.....!!!

No comments:

Post a Comment