Thursday, August 12, 2010

Chemerung Recreation Forest...!

Setelah lama berehat dari aktiviti luar...tanggal 30 Julai 2010 yang lalu,aku merancang satu perjalanan yang spontan.Pada episode yang lalu kami ke utara...kini kami ingin mengenali bumi negeri kami sendiri.Aku mengambil sedikit masa untuk melayari internet mencari lokasi yang menarik untuk dikunjungi.Rupa-rupanya di Daerah Hulu Dungun ini terdapat air terjun yang tertinggi di Malaysia dan pokok cengal yang terbesar di dunia.Aku mengambil keputusan untuk berkunjung ke sana.
Air terjun ini terletak sekitar 30 kilometer dari Bandar Al-Muktafi Billah Shah yang juga dikenali sebagai Bandar Durian Mas.



Aku mengemaskan sedikit pakaian dan bekalan untuk ke sana.Aku bertolak tepat jam 11 pagi melalui Jalan Bukit Besi ke persimpangan di Kampung Dendang.Dari Kg. Dendang...aku melalui jalan yang sempit untuk sampai ke Kg.Kuala Jengai.Jalan yang berliku-liku dan berbukit-bukit.Hampir 1 jam untuk sampai ke sini...belum lagi sampai ke Hutan Lipur Chemerung.



Dari Kuala Jengai kami melalui Kg. Rantau Panjang dan Kg.Pasir Raja seterusnya ke destinasi ini.Keseluruhan masa adalah 1 jam 30 minit untuk sampai ke sini.Dari kejauhan sudah nampak kelibat air terjun ini.Memang mempersonakan...dengan ketinggian 305 meter dari puncak bukit,air terjun ini menghempas ke bawah bertingkat-tingkat!



Kawasan perkelahan ini dijaga dengan baik oleh Jabatan Perhutanan Daerah Dungun.Kebetulan aku mengenali salah seorang pegawai perhutanan yang bertugas pada hari itu.Banyak informasi yang aku dapat dari perbualan singkat kami itu.
Aku menelusuri batu-batu untuk mencari lokasi yang menarik untuk mandi.Ahhh...sejuk dan dingin air di sini!Kebetulan waktu itu panas agak terik...memang sesuailah untuk berendam.Aku mandi sepuas-puasnya hingga badanku mengigil kesejukan.Hampir 2 jam aku menghabiskan masa untuk mandi di sini.





Setelah puas mandi kami bersiar-siar di kawasan ini dan menyalin pakaian untuk beredar.Jam dah menunjukkan pukul 3 petang.Setelah solat kami keluar untuk ke tempat pokok cengal terbesar di dunia tapi hampa kerana jalan hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan 4 roda sahaja.Kami berpatah balik dan keluar ke tempat perkelahan di Kg.Kuala Jengai.Tidak ada yang menarik di sini...jarang2 sekali diadakan sukan air di sini.





Memandangkan masih awal kami terus ke Kuala Berang untuk menjejaki Memorial Batu Bersurat yang terletak di Kg.Buluh.Dari Kg.Dendang ke Kuala Berang mengambil masa 1 jam perjalanan melalui ladang kelapa sawit di Jerangau.Kami tiba di Kuala Berang disambut dengan hujan yang renyai-renyai.Kami berhenti seketika untuk mengisi perut yang dah berkeroncong ini.Restoran Kak Zah...nasi berulam kampung yang terletak di Persimpangan Sekayu menjadi pilihan kami.Ahhh...berseleranya makan nasi lauk ikan singgang bersama ulam-ulaman serta budu.
Selepas makan kami terus ke destinasi yang ditujui di Kg. Buluh yang hanya 2 kilometer dari Persimpangan Sekayu.Tiada pelawat yang datang melainkan kami berdua saja.Beberapa keping foto diabadikan di sini untuk kenangan.







Kami singgah di Masjid Mukmin untuk menunaikan solat Asar sebelum pulang.Kami selamat sampai ke rumah pada pukul 7 petang.

Graciasss...!

Monday, July 12, 2010

Hari ke-5...SP!

Lenanya kami bermalam di Hotel El-Zehraa di Lagenda Height Sp.Hotel yang sederhana tapi cukup menarik dengan hiasan dekorasi ala-ala arab morocco complete dengan segala kemudahan.Tambahan pula kedudukannya di tengah-tengah pusat perniagaan.Dikelilingi oleh gedung-gedung perniagaan yang besar seperti Village Mall,Tesco,Alam Moda dan macam2 lagi.Kedai makan pun banyak di kawasan ini.





Paling digemari Restoran Radix Fried Chicken yang berhampiran hotel yang semestinya halal dan suci.Aku membeli dan membungkusnya sebagai bekalan dalam perjalanan pulang nanti.Seketika lagi kami akan check out dari hotel ini untuk pulang setelah puas bercuti di sini.







Aku kembali ke bilik dan mengemaskan pakaian untuk keluar.Sempat lagi merakam gambar kenangan di dalam bilik hotel dan di lobi.Setelah menyerahkan kunci kami dengan berat hati meninggalkan SP dan kembali ke Terengganu melalui Kuala Ketil dan seterusnya ke Highway Kulim-Gerik.
Dari simpang Kuala Pegang kami menyusuri highway ke Gerik.Kami singgah di Hentian Lui untuk menunaikan solat jamak zohor/asar.Perjalanan diteruskan mendaki bukit Gerik yang sentiasa sibuk dengan kenderaan yang bertali arus itu.Sesekali bertembung dengan kenderaan berat seperti lori trailer dan lori balak yang silih berganti.
Hampir 3 jam perjalanan baru kami sampai ke puncak Titiwangsa.Kami berhenti seketika untuk menghirup udara segar dan dingin itu.Memang mendinginkan...tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa itu memang menyegarkan badan.Di perhentian ini ramai pemandu dan pengembara berhenti di sini untuk merehatkan badan dan menjamu selera.Indahnya panorama Banjaran Titiwangsa yang berbukit-bukau...sayup-sayup kehijauannya disebalik rimbunan awan.





Masa terasa amat singkat...perjalanan diteruskan lagi melalui liku-liku bukit gerik.Kadang-kadang terasa bosan akibat terlalu lama memandu.Sekali lagi perhentian Bukit Bunga menjadi pilihan.Di sini beraneka barangan dijual.Dari buah-buahan hinggalah ke pakaian dan barangan dapur terdapat di sini.Apa yang terdapat di Rantau Panjang...semuanya ada di sini!Buah-buahan dan sedikit kueh kering menjadi pilihan kami sebagai ole-ole untuk dibawa pulang.Jam sudah menunjukan pukul 5.30 petang...perjalanan masih jauh!
Kami beransur meninggalkan Bukit Bunga dan memandu hingga merentasi sempadan Kelantan/Terengganu di Bukit Yong.Sampai di Setiu pukul 7 petang...kami berhenti rehat di kawasan riadah ditepian sungai seketika.Menariknya terdapat titian gantung walaupun sungainya tidaklah sebesar mana dan cetek airnya.





Dipendekkan cerita kami sampai ke Kuala Terengganu pada pukul 9 malam dan sampai ke rumah tepat pukul 12 tengah malam...!Satu perjalanan yang cukup memenatkan dan memberi kepuasan!!!
Adios....Graciassss...!
The End...!

Wednesday, July 7, 2010

Hari ke 4...Kangar!

Suasana pagi yang hening dilitupi kabus yang dingin.Pagi yang sungguh damai...mentari merah memancarkan cahaya ke bandar Kangar.Tiada kesesakan pada waktu ini...!Kami masih berlabuh di bilik hotel sambil melelapkan mata membayangkan kota kayangan.Jauh...terlalu jauh khayalanku!



Kami bersedia untuk check out dari hotel ini pada pukul 10 pagi.Agak awal...kami ingin menghabiskan sisa-sisa masa ini di bandar Kangar dan sekitarnya.Kami turun dari bilik penginapan dan bersantai ke Taman Herba di Kg. Batu Pahat.Di sini banyak pokok2 herba ditanam.Sebut apa saja yang anda mahu...semuanya ada di sini.Laluan denai disediakan untuk keselesaan pengunjung disamping tag nama2 pokok herba.Pondok2 juga disediakan untuk berteduh dan melepaskan penat berjalan.Sesekali kami terserempak dengan sekumpulan monyet yang sedang bergayutan di atas pokok.Satu jam kami menghabiskan masa di sini.



Kami mengambil keputusan untuk keluar dari Kangar dan pulang ke Sg. Petani.Sambil itu kami singgah di ladang anggur dan mangga sala.Tapi nasib kami kurang baik kerana mangga dah habis musim berbuah.
Kami teruskan perjalanan ke Alor Setar melalui jalan persekutuan.Kami singgah di Museum Padi yang terletak berhampiran Gunung Keriang.Gunung Keriang ditutup untuk kerja2 penambahbaikan.Kami memasuki Museum Padi dengan tiket RM 2 seorang.Ramai pengunjung yang datang ke sini terutamanya rombongan kanak2 sekolah.Banyak maklumat2 mengenai penanaman padi dari cara tradisi hingga ke kaedah moden dipamerkan.Museum ini terbahagi kepada 3 tingkat...!

Tingkat 1------sejarah penanaman padi secara tradisional dan konvensional.
Tingkat 2------jenis2 padi dan taburan penanaman di Asia Tenggara.
Tingkat 3------deck paparan 3D penanaman padi tradisional.







Kami keluar dari museum ini dan meneruskan perjalanan ke Sg. Petani.Kami singgah sebentar di Lembah Bujang untuk merakam sedikit video yang terdelete dek kerana tangan yang terlalu gatal.Hajat dihati nak merasai kenikmatan ikan bakar di Tanjung Dawai tapi banyak restoran yang ditutup.Kempunan rasanya...!Beberapa keping gambar di Jeti Tanjung Dawai sempat dirakamkan untuk kenangan.





Kami terus ke Sg. Petani mencari hotel untuk bermalam.Pusing punya pusing...kami memilih Hotel El-Zehraa di Lagenda Height untuk menutup tirai malam.

To be continou...!

Tuesday, June 29, 2010

Hari ke 3...Perlis Indera Kayangan!

Pagi ini kami dijamu dengan sarapan nasi lemak utara yang enak sekali...tambah satu pinggan untuk mengalas perut dalam perjalanan nanti.Selepas makan bersantai dengan anak2 Ustazah Rodziah di ruang tamu.Baru hari ini Alia membuka mulut dan mesra dengan kami.Ajak main puzzle lagi...!!!



Tapi kami tak boleh lama...pengembaraan mesti diteruskan.Selepas bersalaman kami keluar dari rumah Ustazah Rodziah pukul 10 pagi.Terima kasih di atas layanan istimewa kalian seisi keluarga...!



Kami ke bandar SP seketika untuk mencari kad memori yang dah penuh.Masuk Village Mall pusing-pusing...tak ada kedai yang jual barangan komputer!Akhirnya masuk Tesco di sebelah Village Mall...barulah jumpa barang yang dikehendaki.Hampir sejam masa terbuang di sini...!



Kami keluar ke Highway Plus melalui Plaza Tol Sg. Petani Utara.Dari sini perjalanan ke Perlis bermula...!Hari sudah redup...hujan telah turun dengan selebatnya ketika sampai ke area Alor Setar.Perjalanan menjadi perlahan...kami memandu dengan berhati-hati kerana bimbang kemalangan sering berlaku ketika hujan lebat di highway.Ketika musim panas,kemalangan sering berlaku akibat asap tebal dari pembakaran terbuka jerami padi.Selalunya terjadi selepas musim menuai padi.
Perjalanan ke Perlis melalui highway agak jauh...tapi mengasyikan kerana pemandangan sawah padi yang terbentang luas di kiri dan kanan jalan! Sampai di Changlun kami exit ke Changlun-Kuala Perlis Expressway.Di tepi jalan para peniaga mendirikan gerai menjual pelbagai jenis buah2an.Ada durian,rambutan,limau bali,buah salak,mangga dan macam2 lagi.Kami sampai di Kangar hampir pukul 3 petang.Perut dah keroncong minta diisi.Kami singgah di sebuah restoran untuk mengisi perut.Selepas makan kami berhenti di masjid Behor Temak untuk menunaikan solat. Selepas rehat seketika kami meneruskan perjalanan ke bandar Kangar yang hanya beberapa kilometer saja lagi.Sampai di Kangar kami pusing-pusing mencari lokasi hotel yang sesuai.Kebanyakan hotel di tengah pusat bandar yang ruang parking agak terhad.
Kami terus ke Gua Kelam di Wang Kelian melalui Kg.Batu Pahat.Jalan agak selesa pada awalnya tapi semakin jauh semakin sempit.Kami merentasi kebiruan air tasik...rupa2nya inilah Empangan Tasik Timah Tasoh yang tersohor itu.Kami berhenti seketika untuk merakamkan keindahan pemandangan tasik ini.Hari semakin petang dan masa semakin suntuk.





Kami memecut hingga ke Wang Kelian dan tiba di Gua Kelam hampir pukul 5 petang.Ramai juga pengunjung yang datang ke sini dengan keluarga dan bas rombongan.Puas bila sampai ke sini...memang berbaloi perjalanan kami!Air yang mengalir,keindahan landskap yang menghijau dan susunan batu batan memukau mata yang memandang.Tanpa membuang masa kami mengambil tiket RM1 seorang dan masuk ke dalam gua tersebut.Cukup cantik panorama di dalam gua ini dengan titian gantungnya yang selesa dan panjang itu.Memang patut dijadikan destinasi percutian keluarga.Hampir 20 minit perjalanan menelusuri gua ini hingga ke hujungnya.Ramai pengunjung yang ambil peluang mandi manda di sini.Kami merakam keindahan panorama di dalam gua ini sebagai kenangan percutian kami.Kami menghabiskan masa hampir 1 jam di sini memandang gua ini akan ditutup pada pukul 7 petang.











Kami pulang semula ke Kangar untuk mencari hotel penginapan.Hampir setengah jam berpusing akhirnya kami mengambil keputusan untuk bermalam di Hotel Federal.Hotel yang selesa dan ruang parking yang cukup mudah walaupun hotel ini sedang dalam proses pembaikan.Kami check in pukul 7 petang...! Malamnya kami meninjau-ninjau kehidupan malam di bandar Kangar.Lampu2 berkerlipan di batang2 pokok dan ditiang2 lampu...amat meriah!Kami keletihan dan pulang ke hotel pukul 11 malam untuk merehatkan badan dan mengulek mimpi di kayangan!





To be continou...!

Sunday, June 27, 2010

Hari ke 2...Penang!

Zaujjahku menghubungi seorang kenalannya di Aman Jaya untuk mengajaknya ke Penang dan mereka bersetuju membawa kami ke sana.Selepas sarapan di Aroma Cafe kami check out dari hotel Sp Inn pukul 10.00 pagi dan menunggu di lobi hotel sementara mereka datang menjemput.Sempat juga snap beberapa keping foto di Aroma Cafe dan lobi hotel sebagai kenangan.Tepat pukul 11 pagi Cikgu Rodziah dan suami serta 3 orang anaknya sampai di perkarangan hotel penginapan kami.Keadaan kecoh seketika apabila anaknya Angah ingin menaiki kereta kami.Rupa-rupanya Angah berkaki ayam...!!!Alahai...pasai apa boleh jadi lagu tu!!!Terpaksalah membeli selipar baru untuk Angah di pertengahan jalan...!







Kami terus bertolak ke Penang melalui Highway Plus.Perjalanan merentasi sawah padi yang terbentang luas di kiri dan kanan jalan yang menghijau amat mengasyikkan.Kami memasuki Penang melalui Terminal Feri di Butterworth.Hampir 1 jam terkandas di plaza tol selepas mengambil tiket feri.Mungkin ramai pelawat yang memasuki Penang melalui feri...tu pasal lah sesak!Kami bersabar menunggu giliran dan hampir pukul 1 tengahari keretaku mula memasuki perut feri.



Kami berehat sambil menikmati pemandangan laut yang membiru.Feri mula bergerak perlahan-lahan ke tengah laut dan mengambil masa 1/2 jam untuk sampai Georgetown.Kami keluar dari feri menuju ke Padang Kota Lama untuk berehat dan makan tengahari.Selepas makan sempat meninjau2 Fort Conwallis...kubu perang yang bersejarah peninggalan British.

Kami terus memandu dalam kesesakan menuju ke Bukit Bendera.Sampai ke sana kami berasa hampa kerana Bukit Bendera di tutup untuk proses pembaikan.Kami hanya bergambar kenangan di hadapan pintu masuk sebagai pengubat lara.



Kami berpatah balik dan menuju ke Bayan Lepas untuk ke Batu Maung.Di sini terletaknya Museum Perang yang terkenal itu.Kami mengambil tiket untuk masuk ke sini. RM15.00 untuk dewasa dan RM7.50 untuk kanak2.Pengalaman memasuki terowong amat mengujakan.Banyak bahan bersejarah peninggalan tentera British dipamerkan di sini.Daripada meriam penangkis,alatan2 perang,motosikal dan sebagainya hingga ke kapak pemenggal kepala turut di pamerkan.Penat jugak menjelajah di sini dari terowong dan mendaki anak bukit serta menaiki anak tangga memang meletihkan.

Meriam altelari.

Motosikal british.

Tapak meriam penangkis.


Kapak pemenggal kepala berukiran tengkorak.

Kami beransur2 meninggalkan Bt. Maung dan menuju ke Balik Pulau untuk membeli jeruk buah2an yang terkenal pembuatannya di sini.Kami agak kurang bernasib baik kerana banyak kedai sudah ditutup kerana kami tiba agak lewat petang.Kami membeli tanpa banyak pilihan tapi sudah memadai.Jalan di Balik Pulau amat mencabar pemanduan kami.Jalan yang bengkang bengkok menaiki dan menuruni bukit ditambah dengan kenderaan yang sesak membuat kami kepenatan. Kami keluar dari Pulau Pinang melalui jambatan dan singgah untuk solat di masjid Seberang Jaya.Kami pulang ke SP dan menginap di rumah Cikgu Rodziah untuk malam ini. Terima kasih kepada tuan rumah sekeluarga membenarkan kami melabuhkan tirai malam di sini...Jazakallahu khairan kathira!

Besoknya kami ingin mengembara ke negeri Perlis Indera Kayangan...!

To be continou...!

Wednesday, June 23, 2010

Hari Pertama di SP dan Alor Setar...!

Selepas sarapan di Aroma Cafe SP Inn kami terus ke Lembah Bujang sejauh lebih kurang 30 km dari bandar SP.Kami melalui jalan kampung merentasi Merbok ke sana.Menariknya jalan melalui kebun buah2an durian dan rambutan sesekali melalui ladang getah.Sampai di Merbok...kami kena mendaki bukit utk sampai ke destinasi.Tidak ramai pengunjung yg datang...mungkin awal pagi kot!Kami meninjau2 di sekitar dan masuk ke Galeri Lembah Bujang utk melihat artifak bersejarah yg terdapat di sini.Cukup mengkagumkan...teknologi zaman dahulu boleh menghasilkan bahan bersejarah yg cukup bernilai utk tatapan kita hari ini!

Lihatlah antara artifak2 bersejarah yg terdapat di sini...!










Kami keluar dari Lembah Bujang menuju ke Pusat Peranginan Gunung Jerai di Pekan Gurun melalui Bedong.Pengunjung agak sesak di sini dan ruang parking yg sempit memaksa kami beredar segera.Tidak sempat menikmati keindahan tropika di sini.Kami ke Alor Setar...tempat pertama kami tuju ialah Menara Alor Setar.Kami bernasib baik pengunjung agak kurang...kami terus membeli tiket berharga rm 6.00 seorang.Kami menaiki lift utk ke tingkat atas.Di sini platform yg luas disediakan utk pengunjung menikmati keindahan Alor Setar dari atas menara.Bandaraya Alor Setar di kelilingi sawah padi yg terbentang luas.Kami turun dan bergambar di tingkat bawah...gerai cenderamata tidak menarik perhatian kami.Kami terus beredar ke Majid Zahir menunaikan kewajipan kepada Yang Maha Esa.Selepas itu kami ke Pekan Rabu di pusat bandar.Kami berpusing-pusing seketika utk mencari parking...sesak memang menyesakkan!Ramai pengunjung yg datang membeli belah di sini.Dari cenderamata,hiasan,ubat-ubatan,makanan hingga ke pakaian ada dijual di sini.Pendek kata macam-macam ada...!!!!Puas menjamu mata kami terus menjamu selera pula...!Hmmm...lazat jugak masakan dan lauk pauk di sini!Hari sudah petang...kami pulang ke Sp Inn utk merehatkan badan.Perjalanan hari ini tamat di sini...kami terus terlena!







To be continou...!

Sunday, June 20, 2010

Kembara ke Utara...!

Cuti datang lagi...ke mana mahu aku pergi kali ini utara,selatan,barat?pening memikirkan destinasi kali ini...dengan undangan jamuan yg tak terbilang dgn jari itu!Akhirnya destinasi utara menjadi pilihan kali ini...walaupun sudah berkali-kali aku sudah sampai ke sini.Tapi kali ini pengembaraan ini cukup mencabar...!dalam masa 6 hari aku mesti menjelajah ke penang,kedah dan perlis.
Sebenarnya pengembaraan ini secara spontan dan tanpa info yg jelas.Berbekalkan sedikit pamplet pelancongan negeri penang,kedah dan perlis...kami memulakan penjelajahan tanggal 12 jun 2010 dari Kay Tee pukul 2 petang.Perjalanan melalui Lebuhraya Timur-Barat melalui Jeli amat memenatkan.Tambahan pula dalam perjalanan hujan turun dengan lebatnya di awal permulaan mendaki Banjaran Titiwangsa.Hampir2 berlaku kemalangan dlm perjalanan itu.Alhamdulillah...Allah masih melindungi dan menyelamatkan kami!Di puncak Titiwangsa jalan gelap gelita diseliputi kabus yg tebal...kami hanya bertawakkal dan meneruskan perjalanan.Kami sampai ke Tasik Banding pd pukul 7.30 pm dan berehat seketika...!hajat nak landing kat Royal Belum Resort...tp ratenya terlalu tinggi!
Kami teruskan lagi perjalanan merentasi Banjaran Titiwangsa hingga ke Hentian Lui di Grik dan rehat lagi utk menunaikan kewajipan kepada Yang Maha Esa.Kepala sudah pening...mahu tidak mahu terpaksa meneruskan perjalanan sampai ke Sg.Petani pd pukul 10.00 mlm.pusing-pusing Sg.Petani...kami memilih SP Inn utk merehatkan badan.Check in pukul 10.30 mlm...!






To be continou...!!!