Wednesday, November 14, 2012
Hari ke 3...Cameron Highland - Kota Bharu !
Selepas sarapan pagi di Medan Selera Tanah Rata kami menuju ke Bharat Tea Plantation di Tanah Rata dan tiba di sana jam 10.00 pagi.Sudah ramai pengunjung menikmati panorama indah ladang teh dari atas pelantar.
Setelah meninjau dan bergambar di sekitar ladang teh,kami membeli sedikit teh sebagai buah tangan untuk dibawa pulang.
Kami kembali ke hotel untuk rehat seketika dan mandi dalam kedinginan air yang sejuk membeku...!Selepas check out...kami keluar dari Berinchang dan singgah di Bee Farm Tringkap untuk madu cameron tapi agak kecewa melihat madunya seperti bergula di bawah dan tak jadi membelinya.
Kami teruskan perjalanan terakhir menjelajah Cameron Highland dan singgah di Bharrat tea Plantation di Kg. Terla untuk membeli sedikit lagi ole-ole untuk dibawa pulang...!
Untuk kali terakhir kami singgah di Masjid Kg. Raja untuk solat jamak zohor dan asar sebelum meninggalkan Cameron Highland dalam hujan gerimis...!Kereta kami membelah Banjaran Titiwangsa dari Lojing ke Gua Musang dan seterusnya ke Kota Bharu.
Kami sampai di Kok Lanas jam 7.30 petang dan berhenti untuk solat jamak maghrib dan isyak.Selepas solat kami berlegar-legar mencari kedai makan untuk mengalas perut yang telah mula berkeroncong.Kami mengambil keputusan untuk menjamu selera di Restoran Ayam Penyet Kok Lanas.Menunya agak menarik...tapi rasanya lebih sedap nasi ayam di pasar malam!!!
Selepas menjamu selera di situ kami check in Hotel Mutiara Inn berhadapan Restoran Ayam Penyet.Kami mandi dan berehat seketika sebelum menghabiskan suasana malam di Wakaf Che Yeh...!
To be continou...!
Graciasss.....!!!
Tuesday, November 13, 2012
Hari ke 2...13/11/12!
Hari kedua kami melawat Tanah Rata, Galeria Time Tunnel dan Kea Farm.Jalan agak sesak dengan kehadiran pengunjung yang berpusu-pusu.Masa perjalanan menjadi agak terhad.
Dari Tanah Rata ke Galeria Time Tunnel dan Kea Farm memakan masa 1 jam setengah sedangkan jaraknya tak sampai pun 10km.Jalan yang berliku dan berbukit melambatkan perjalanan.
Dalam keseronokan dan keghairahan bercuti dan shopping kami telah di saman kerana parking di tempat yang tidak dibenarkan.Apakan daya dah menjadi tugas dan tanggungjawab mereka memastikan lalulintas lancar...!
Sebelah malam kami ronda-ronda pasar malam yang menjadi destinasi kewajipan buat pengunjung.Banyak barangan cenderamata dan barangan basah berasaskan strawberry yang boleh didapati di sini.Kami sempat membeli berbagai cenderamata dan strawberry kering dan juga teh cameron.
Kami agak keletihan dan balik ke hotel untuk berehat dan beradu...perjalanan akan di sambung lagi esok!
To be continou...Graciassss!!!
Monday, November 12, 2012
Cameron Highland...season 2012.
Hari Pertama...12/11/12!
Cuti sekolah akhir tahun datang lagi...!Kali ini di awal cuti kami merancang satu perjalanan dan percutian ke Cameron Highland buat kali kedua.Seawal jam 9 pagi, 12/11/12 kami bertolak dari rumah ke Tasik Kenyir melalui jalan pintas Felda Aring ke Gua Musang.Jalan boleh dikatakan agak baik untuk dilalui oleh kenderaan ringan.Cuma di Felda Aring 6 jalan agak berlubang dan melambatkan perjalanan kami.Kami berhenti seketika untuk merakam panorama Tasik Kenyir.
Antara pemandangan Tasik Kenyir.
Perjalanan mengambil masa 5 jam untuk sampai ke Gua Musang.Dari Gua Musang kami meredah Banjaran Titiwangsa melalui Jalan Pos Blau ke Lojing dan seterusnya ke Cameron Highland.
Kami sampai ke Cameron Highland pada jam 3.30 petang dan disambut dengan hujan gerimis.Kami mencari bilik penginapan untuk berehat dan memanjakan diri.Kami check in di Hotel Emerald Point untuk merehatkan badan.
Pemandangan dari Hotel Emerald Point.
Sebelah malamnya kami hanya berlegar-legar di pasar malam Berinchang dan window shopping.
To be continou...2nd day in Cameron Highland!
Graciasss...!!!
Sunday, November 11, 2012
Special guest from Sg. Petani...!
Terima kasih pada Ustazah Rodziah dan keluarga yang menjadikan rumah kami persinggahan pertama dalam percutiannya kali ini.Walaupun singkat tapi amat bermakna bagi kami.
Mereka dibawa melawat Taman Tamadun Islam dan sekitarnya walau masa agak terbatas.
Museum Negeri Losong juga menjadi destinasi lawatan.
Bergambar sebelum bertolak ke destinasi seterusnya.
Adiosss...!!!
Sunday, September 9, 2012
Wednesday, December 28, 2011
Teluk Lipat in Dangerous...!
Pantai Teluk Lipat yang saban tahun menjadi lokasi penting dalam kalendar GP Joran mengalami kemusnahan akibat ombak besar yang melanda pantai baru-baru ini.Lokasi ini sentiasa penuh sesak dengan pengunjung dan pemancing dari seluruh negara yang mencuba nasib di sini.
Jalan pantai ini runtuh akibat hakisan yang teruk dan hampir separuh dari jalan sudahpun terhakis.Kerja-kerja membaikpulih sedang giat dijalankan untuk menambak pantai yang terhakis itu...!





wa chow dulu...adiossss!!!
Jalan pantai ini runtuh akibat hakisan yang teruk dan hampir separuh dari jalan sudahpun terhakis.Kerja-kerja membaikpulih sedang giat dijalankan untuk menambak pantai yang terhakis itu...!
wa chow dulu...adiossss!!!
Friday, December 23, 2011
Majlis Solat Hajat dan Doa Selamat Shapadu Tky...!
Gambar sekitar majlis solat hajat dan doa selamat yang diadakan di Shapadu Yard,Teluk Kalong sempena perpindahan operasi dari KSB phase 2 ke Teluk Kalong pada 22/12/2011.Majlis bermula pada waktu zohor dimulai solat zohor berjamaah dan diikuti solat hajat dan diakhiri dengan tahlil dan bacaan doa selamat.Pekerja juga dihidangkan dengan jamuan ringan.





Adiosss....!

Adiosss....!
Subscribe to:
Posts (Atom)








