Sunday, March 13, 2011

Last day...! Hatyai --> Pattani --> Rantau Panjang --> Dungun.

Hari terakhir pengembaraan ke Selatan Thailand,pagi ini selepas sarapan pagi di hotel kami diberi waktu untuk aktiviti bebas sehingga ke pukul 11.00 pagi.Ada yang sempat pergi ke pasar untuk membeli apa yang patut sebagai kenangan.Hajat di hati ingin juga ke pasar tapi memandangkan pemandu tut-tut berbalah untuk mendapatkan penumpang hati menjadi tawar untuk ke sana.



Ruang masa yang ada hanya dimanfaatkan untuk sessi bergambar di sekitar hotel sahaja.







Jam dah menunjukkan pukul 11.00 pagi.Dah tiba masa untuk check out dari hotel penginapan namun masih ada lagi yang belum sampai.Terpaksalah menunggu sehingga semuanya balik dan menyerahkan kunci bilik di kaunter check in.Setelah segala urusan check out selesai dan barang-barang dah dimuatkan ke dalam bas tibalah masa untuk meninggalkan kota Hatyai dengan seribu kenangan.Bas membelah kota Hatyai menuju ke Pattani tepat jam 12.00 tengahari.





Hampir dua jam setengah menyusuri jalanraya akhirnya bas tiba di bandar Pattani untuk sessi makan tengahari di sebuah hotel terkenal di sini.Hari agak mendung dan hujan renyai-renyai.



Selesai makan tengahari sambung perjalanan lagi ke destinasi lawatan terakhir iaitu Masjid Kerisek yang terkenal di nusantara.Masjid ini menjadi simbol perjuangan rakyat melayu islam pattani sejak zaman berzaman.Masjid ini tetap utuh walaupun diserang bertubi-tubi oleh tentera thai dalam menghadapi kebangkitan rakyat melayu islam pattani.Beberapa orang islam melayu pattani telah mati syahid ketika mempertahankan masjid ini satu ketika dahulu.





Di masjid ini peserta rombongan menunaikan solat qasa dan jamak sebelum meneruskan perjalanan ke pekan Golok dan masuk semula ke sempadan negara di Rantau Panjang.Rombongan tiba di pekan Golok jam 6 petang dan selepas selesai urusan dokumentasi bas bertolak kembali jam 7 petang ke destinasi permulaan.Dalam perjalanan singgah di Machang untuk solat dan makan malam dan tiba di SMKSO pada jam 12.30 pagi.

Pengembaraan tamat di sini...dengan seribu macam kenangan!!!

Adiosss...!

No comments:

Post a Comment